Seorang pemimpin sayap bersekutu BERSATU mendakwa Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim gunakan sambutan Ponggal peringkat kebangsaan sebagai platform politik.
Ketua bersekutu BERSATU Bangi, Vasantha Kumar Krishnan berkata Anwar telah menggunakan perayaan Ponggal untuk menghentam seteru politiknya, lapor Malaysiakini.
Foto: Malaysiakini
Vasantha berkata, sepatutnya ucapan perdana menteri memberi fokus kepada penyatuan rakyat, hormat menghormati dan mengeratkan perpaduan antara kaum dan bukannya serangan terhadap musuh.
Artikel lain: Pernah Biayai Kos Pembedahan Otak, Steven Sim Syukur Adik Rayyan Makin Sihat
“Apa kena mengena ucapan ‘balas dendam’ Anwar dengan Tun Mahathir dan Tun Daim dalam sambutan Pesta Ponggal itu?
“Nyata sekali Anwar masih mabuk dendam sehingga tidak sedar pesta Ponggal bukan pentas politik.
“Apa kaitan ucapan balas dendam Anwar terhadap Tun Mahathir dan Tun Daim dengan perayaan Ponggal?” katanya.
PM gunakan sambutan Ponggal sebagai platform politik
Foto: The Star
Dalam pada itu, Vishanti juga berkata Anwar sepatutnya menggunakan pentas itu untuk melakar visi ke hadapan serta memaklumkan polisi dan dasar kerajaan dalam membantu kaum India.
“Nyata sekali Anwar langsung tidak menghiraukan hidup rakyat, termasuklah kaum India yang semakin terhimpit akibat kos sara hidup yang semakin tinggi,” ujarnya.
Terdahulu, Anwar dilaporkan bercakap mengenai siasatan terhadap seorang ‘Tun’ kerana didakwa mencuri wang rakyat sewaktu sambutan Ponggal di Klang, Selangor pada Sabtu lalu.
Sumber: Malaysiakini