Hospital Kuala Lumpur (HKL) tampil membuat kenyataan berhubung isu menunggu janji temu dalam tempoh lama di Klinik Pakar Psikiatri dan Rawatan Mental yang tular baru-baru ini.
Menerusi satu kenyataan, HKL berkata pihaknya sedar ketidakpuasan hati seorang pengadu mengenai tarikh janji temu rawatan rakannya yang terlalu lama sehingga mencecah enam bulan.
Tarikh janji temu psikiatri berdasarkan keadaan pesakit
https://www.facebook.com/hklkkm/posts/pfbid0aoPqSUKqXvR8Ud4hM9oq4PYC7oWNsNBNRePdXssFCwyayQj4emwhif1oJ8faiZrPl
HKL berkata, hasil siasatan mendapati pengadu yang hadir bersama pesakit untuk mendapatkan tarikh janji temu telah merujuk klinik kesihatan terlebih sebelum mendapatkan rawatan lanjut.
“Susulan itu, pesakit telah menjalani pemeriksaan saringan dan tarikh janji temu psikiatri yang diberikan adalah berdasarkan keadaan pesakit,” katanya.
Tambah HKL, pihaknya memandang dan mengambil tindakan serius berkenaan isu-isu membabitkan pengurusan tempoh janji temu lama.
Artikel lain: Selangor Ambil Langkah Susulan Bantu Pengguna Air Terkesan Pelarasan Kadar Tarif
Untuk makluman, setiap pesakit yang dirujuk ke mana-mana klinik pakar akan disaring bagi menentukan kesesuaian tempoh temu janji untuk diberi kepada pesakit.
Terdahulu, seorang individu telah membuat hantaran di platform X dan meminta orang ramai untuk tidak menerima rawatan psikiatri di HKL.
Korang kalau nak dapatkan rawatan psikiatri, elak pergi HKL.
Semalam I teman sorang 17yo guy ni pergi buat appointment psikiatri kat HKL.
Guess what?
Doktor cakap appointment lagi 6 bulan.
Kenapa? Sebab ramai sangat patient. Giler ke apa 6 bulan. :(((
I saw the guy's face… pic.twitter.com/CyKZebNEfa
— Edd | Freelance Designer | Digital Nomad (@thegrxyvibe) January 17, 2024
Menurut individu tersebut, dia pernah hadir ke HKL bersama rakannya untuk menerima tarikh janji temu bagi rawatan psikiatri.
Namun begitu, tarikh yang diberikan terlalu lama menyebabkan dia mengambil keputusan untuk membawa rakannya ke hospital lain.
Sumber: Facebook Hospital Kuala Lumpur KKM, X @thegrxyvibe