Dua ahli kumpulan BTS, RM dan V tersenarai sebagai enam enam individu yang layak dapat anugerah Pelatih Elit di Rekrut Latihan Rejimen ke-27 di Wilayah Chungcheong, Korea Selatan pada Selasa.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, RM atau nama sebenarnya Kim Namjoon telah memuat naik beberapa keping foto bersama V atau nama lain Tae Hyung.
RM Dan V dapat Anugerah Pelatih Elit
Foto tersebut memaparkan dia dan V mengenakan pakaian seragam tentera selain menyertakan foto anugerah yang diterimanya.
Artikel lain: Harga Tak Masuk Akal! Peniaga Caj Pelancong RM10 Untuk Burger Tanpa Keju & Telur
Setelah tamat menjalani lima minggu latihan asas ketenteraan, RM dan V bakal menjalankan tugas mereka ke unit yang berasingan.
Menerusi tinjauan, dua lagi ahli BTS iaitu Jungkook, yang berjaya menamatkan latihan asas ketenteraan dengan cemerlang dan Jimin.
Sementara itu, Jungkook juga ada membuat satu perkongsian di akaun Weverse bagi memaklumkan kepada peminat yang digelar Army bahawa dia berada dalam keadaan sihat.
Sekadar info, latihan asas ketenteraan merupakan latihan yang dijalankan selama lima minggu sebelum pelatih ditempatkan ke unit masing-masing.
Terdahulu, RM dan V telah memulakan latihan asas ketenteraan pada 11 Disember lalu manakala Jimin serta Jungkook sehari selepas itu.
Dalam pada itu, ahli mereka iaitu Jin memulakan latihan asas ketenteraan pada Disember 2022 diikuti oleh J-Hope serta Suga beberapa bulan kemudian.
Kesemua ahli kumpulan BTS kini sedang menjalani latihan ketenteraan dan dijangka bakal kembali ke dunia hiburan pada 2025.
Sumber: Instagram RM, Koreaboo