Kerajaan umum Unit amanah dikecualikan Cukai Keuntungan Modal (CGT) dan Cukai Pendapatan Sumber Asing (FSI).
Menurut laporan Buletin TV3, pengecualian FSI berkuat kuasa dari 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2026 manakala CGT berkuat kuasa dari 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2028.
Keputusan itu dilakukan bagi memastikan rakyat terus mendapat manfaat daripada keuntungan mereka dan melabur untuk masa akan datang, menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Unit Amanah dikecualikan Cukai Keuntungan Modal
Artikel lain: Southern Power Milik TNB Bincang Dengan LHDN Isu Cukai Tambahan RM78 Juta
“Melalui pelbagai penglibatan kami dalam perkara ini, menjadi perhatian kami bahawa bidang yang terkesan oleh CGT ialah unit amanah dengan lebih 90 peratus pemegang unit amamah adalah individu,” kata beliau pada pelancaran Bursa Malaysia sebagai bursa pelbagai aset dan logo baharu Bursa Malaysia hari ini.
Sebelum ini, kerajaan memperkenalkan CGT dalam Belanjawan 2024 untuk mengembangkan asas cukai selain selaras dengan amalan terbaik antarabangsa.
Keuntungan daripada pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat merupakan skop untuk CGT dan pelupusan saham tersenarai dan pelupusan oleh individu tidak tertakluk kepada CGT.
Sumber: Buletin TV3 (Afrina Romzi)