Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan menambah baik mekanisme pelaksanaan sedia ada dan merangka hala tuju baharu bagi industri padi dan beras negara dengan perkenal Gelombang Padi yang bakal dilaksanakan tahun ini.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu memberitahu Gelombang Padi merupakan satu game-changer yang akan mentransformasi industri padi dan beras negara.
KPKM perkenal Gelombang Padi
Artikel lain: KPKM Anjur Jualan Agro Madani, Bukti Tekad Kerajaan Tangani Isu Kos Sara Hidup Rakyat
Difahamkan juga, terdapat 12 inisiatif yang akan dilaksanakan oleh Kementerian di bawah Gelombang Padi antaranya ialah memperkenalkan Dasar Baharu Insentif Benih Padi Sah (IBPS), memulih dan membangunkan kawasan tanah jerlus dan memperkasa pembekalan input pertanian.
“Saya berharap inisiatif ini akan mengangkat industri padi dan beras negara ke suatu tahap yang lebih cekap dan berdaya tahan seterusnya meningkatkan pendapatan pengeluar makanan di sepanjang rantaian makanan,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan Amanat Tahun Baharu 2024, hari ini.
Bukan itu sahaja, program tersebut turut melibatkan pelaksanaan program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan dan pembangunan sistem bersepadu yang mengintegrasi semua maklumat berkaitan industri padi dan beras (SMART Padi).
Sementara itu, inisiatif Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang menjalankan kajian adaptasi penanaman bawang merah bagi pengeluaran dan penghasilan tempatan merupakan langkah proaktif memperkukuh keterjaminan makanan.
Katanya, MARDI akan berperanan sebagai pusat pengeluar benih, manakala Jabatan Pertanian (DOA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang berperanan untuk melaksanakan inisiatif penanaman bawang tersebut pada skala yang lebih besar melalui kolabrasi dan usahasama strategik bersama Kerajaan Negeri dan usahawan yang berpotensi di kawasan-kawasan yang bersesuaian.