Pelakon Indonesia, Aditya Zoni nafi dakwaan rumah tangga goyah selepas isterinya, Yasmine Ow meluahkan rasa kecewa mengenai sikapnya sehingga mengundang pelbagai spekulasi.
Enggan untuk membiarkan perkara tersebut, Aditya menjelaskan isterinya bertindak sedemikian disebabkan kurang mendapat perhatian memandangkan mereka terpaksa berjauhan atas faktor bekerja.
Ujarnya, dia belum berkesempatan pulang ke Malaysia untuk menjenguk isterinya memandangkan banyak urusan kerja yang perlu diselesaikan di Indonesia.
Aditya Zoni nafi rumah tangga goyah
Artikel lain: Pindah Kediaman Lain, Rumah Tangga Aishwarya & Abhishek Didakwa Goyah
“Itu protes, itu kurang perhatian. Itu yang buruk,” kata Aditya.
Difahamkan, Yasmine Ow sudah berada di Malaysia lebih dua tahun dan mengakui sentiasa memikirkan pelbagai cara untuk mengurangkan rasa kemarahan isterinya itu terhadap dirinya.
Bagaimanapun, aktor yang berusia 24 tahun itu memberitahu protes yang dilakukan oleh isterinya adalah perkara biasa sepanjang mendirikan rumah tangga dan akan memujuk Yasmine selepas berlaku salah faham antara mereka.
“Bagi saya, saya pasti perlu memohon maaf terlebih dahulu kerana sebagai lelaki, betul atau salah itu perspektif, kalau kita rasa betul, isteri rasa betul, tak akan ada penghujungnya.
“Jadi kalau saya betul, isteri saya salah, saya tetap akan minta maaf, sudah selesai,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Yasmine Ow meluahkan perasaannya di laman Instagram malah, meminta Aditya Zoni untuk berubah menjadi lelaki yang bertanggungjawab.
Sekadar info, Aditya dan Yasmine berkahwin pada Disember 2021 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Sumber: Detik Hot