Pasukan Korea Selatan menepati ramalan apabila memulakan kempen kumpulan E Piala Asia 2023 selepas berjaya menewaskan lawannya, Bahrain 3-1 di Stadium Jasim Bin Hamad, Qatar, hari ini.
Pada aksi tersebut, Klinsmann dilihat menyenaraikan tonggak seperti kapten, Son Heung-min dan pertahanan, Kim Min-jae menguatkan kesebelasan utama.
Namun, Klinsmann seakan menyimpan Hwang In-beou pada awalnya dengan langsung tidak diletakkan di bangku simpanan.
Kedua-dua pasukan dilihat agak seimbang dalam usaha mengekalkan kedudukan pada 30 minit pertama dengan Bahrain lebih banyak bertahan.
Namun, gol yang dicari skuad Taeguk Warriors kendalian Jurgen Klinsmann akhirnya tiba menerusi Hwang In-beou hasil gerakan menarik pada minit ke-38.
Bersambung pada separuh masa kedua, Bahrain memperkemaskan serangan dan berjaya meraih gol penyamaan menerusi ledakan Abdullah Al Hashash pada minit ke-51.
Bagaimanapun, kegembiraan Bahrain tidak bertahan lama apabila Korea Selatan sekali lagi mendahului dengan jaringan dibuat oleh pemain Paris Saint-Germain (PSG), Lee Kang-in pada minit ke-56 dan 68.
Ia sekaligus melihat Korea Selatan terus mendominasi saingan dengan Heung-min hampir menambah jaringan keempat tetapi keputusan 3-1 kekal sehingga wisel penamat.
Sekadar info, Korea Selatan bakal bertemu Jordan, manakala Bahrain akan menentang Malaysia pada aksi kedua Kumpulan E, Sabtu ini.
Sumber: Kosmo! Online (