Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tambang Sekolah Dijangka Naik – “Jumlahnya Mengikut Operator Itu Sendiri”

Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia memaklumkan tambang bas sekolah dijangka naik untuk sesi persekolahan penggal baharu pada Mac ini.

Menurut laporan Sinar Harian, perkara tersebut disahkan sendiri oleh presidennya, Amali Munif Rahmat yang menjelaskan kenaikan itu disebabkan oleh kenaikan kos operasi dan penyelenggaraan jentera terutamanya di kawasan bandar.

“Memang kemungkinan ada peningkatan harga untuk penggal baharu tetapi saya tidak pasti berapa jumlahnya kerana ia berbeza mengikut operator itu sendiri dengan mereka perlu mengambil kira margin perniagaan dan situasi semasa,” katanya.

tambang sekolah dijangka naik

Artikel lain: Spotify Buang 1,500 Pekerja Bagi Kurangkan Kos Operasi

Ujarnya lagi, alat ganti kenderaan mahal dan lebih 80 peratus alat ganti diimport dari luar menjadi punca kepada tambang bas sekolah terpaksa dinaikkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kalau dulu harga alat ganti RM100 tetapi sekarang dah naik RM120 hingga RM150, dan kos juga berdasarkan penyelenggaraan bulanan.
“Kami juga perlu menukar minyak hitam dan perlu juga melihat berapa jauh perjalanan bas itu setiap bulan sebab itu saya kata operasi setiap operator tidak sama, malah ada juga operator perlu membayar parkir kalau tidak akan disaman,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, keputusan itu juga dibuat memandangkan kerajaan sudah tidak mengawal tambang bas sekolah dan akan mengikut kepada pasaran sejak Januari 2015.

“Pihak persatuan hanya boleh memberi nasihat dan garis panduan kepada operator yang akan mengambil kira dan bergantung terhadap kajian semula penyata untung rugi, selain kata sepakat pihak berkenaan bersama ibu bapa,” katanya.

Dalam pada itu, Amali Munif turut mencadangkan supaya kerajaan memperkenal sistem bas sekolah percuma seperti mana yang dilaksanakan oleh negara maju seperti Australia dan Britain bagi meringankan beban ibu bapa terutamanya golongan b40.

“Satu sahaja cara untuk mengurangkan beban ibu bapa akibat daripada kenaikan ini ialah kerajaan perlu menanggung kos tambang sekolah seperti yang dibuat di Kuala Lumpur melibatkan kawasan Projek Perumahan Awam (PPA) dan juga Projek Perumahan Rakyat (PPR).
“Mereka yang tinggal dan memiliki rumah di PPA dan PPR, anak-anak mereka yang bersekolah kerajaan automatik akan berdaftar dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) layak mendapat perkhidmatan bas sekolah percuma untuk perjalanan pergi dan pulang setiap hari,” katanya lagi.

Difahamkan, lebih 100 operator bas sekolah di ibu negara sudah melaksankan sitem tersebut sejak enam tahun lalu dimana kos tambang setiap pelajar ditanggung oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Malah di Miri dan Kuching Sarawak sudah dimulakan dengan kaedah ini yang diuruskan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan kos tambang setiap pelajar ditanggung oleh PBT di kawasan berkenaan,” tambahnya lagi.

Sumber: Sinar Harian (Izwan Roslin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengiktiraf pencapaian cemerlang 70 pemain industri pembinaan di Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024 yang berlangsung di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd