Kumpulan nyanyian wanita terkenal BLACKPINK yang memilih untuk menguruskan karier solo sendiri membuatkan saham syarikat YG Entertainment jatuh merundum.
Harga saham jatuh merundum
Memetik laporan dari allkpop, saham agensi berkenaan didagangkan pada harga KRW 44,800 atau RM158 sama seperti hari dagangan sebelumnya.
Saham YG Entertainment merundum paras terendah sejak 52 minggu lalu
Walau bagaimanapun, harga saham agensi itu turun kepada KRW 44,050 (RM155) dengan penurunan sebanyak 1.67 peratus pada hari pembukaan iaitu Isnin lalu. Ia adalah paras terendah bagi agensi tersebut sejak 52 minggu lalu.
Dalam pada itu, penganalisis dari Daishin Securities, Lim Soo Jin memaklumkan pengumuman pembatalan kontrak karier solo anggota BLACKPINK menjadi salah satu punca penurunan harga saham berkenaan selain daripada penangguhan album BABYMOSTER yang sepatutnya dikeluarkan pada suku kedua tahun 2024.
“Berikutan pengumuman pembatalan kontrak aktiviti individu BLACKPINK, rancangan keluaran album BABYMONSTER, yang dijadualkan pada suku kedua tahun ini, ditangguhkan lewat daripada jangkaan pasaran, menyumbang kepada penurunan berterusan dalam harga saham,”
“Dengan pelarasan tinjauan tahunan untuk aktiviti BLACKPINK dan BABYMONSTER tahun ini, semakan semula anggaran hasil yang menurun tidak dapat dielakkan,” ujarnya.
Jennie yang pertama keluar dari YG Entertainment
Terdahulu, salah seorang anggota BLACKPINK, Jennie telah memilih untuk menngendali sendiri karier solonya dengan membuka agensi yang diuruskan oleh ibunya pada November tahun lalu.
Artikel lain: Jennie BLACKPINK Umum Tubuhkan Agensi Sendiri Untuk Urus Karier Solo
Selain dari Jennie, Lisa, Jisoo dan Rose juga memilih untuk tidak melanjutkan kontrak bersama YG Entertainment bagi menguruskan bagi karier solo masing-masing.
Walau bagaimanapun, YG Entertainment masih menguruskan karier BLACKPINK secara berkumpulan bersama beberapa lagi artis berkumpulan seperti BabyMonster, Winner, iKON dan Treasure.
Sumber: allkpop