Konsep Payung Rahmah akan terus diperkasa dan akan menjadi salah satu strategi dalam menggerakkan agenda menangani kos sara hidup rakyat, menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali memberitahu Konsep Payung Rahmah akan diperluas sepanjang tahun ini melalui komponen Inisiatif Ihsan Rahmah Swasta dan Industri.
Konsep Payung Rahmah akan terus diperkasa
Artikel lain: Tiada Larangan Warga Asing Beli Minyak Masak Bersubsidi – Armizan
“Penglibatan aktif pihak swasta dan industri akan diperkasakan dengan membuka ruang kepada inisiatif dan program yang dirintis dan diperkenalkan sendiri oleh pihak swasta atauy industri yang berbentuk sumbangan ihsan kepada komuniti termasuk pekerja mereka sendiri di bawah gagasan Payung RAHMAH.
“Ini bermaksud konsep rahmah yang menjadi tema program dan agenda kebajikan kerajaan akan turut diperluaskan kepada program ihsan swasta dan industri dengan idea dan model mereka sendiri berpandukan kepada garis panduan Konsep Payung Rahmah,” katanya pada sidang media bersempena Majlis Amanat Tahun Baharu KPDN di sini, hari ini.
Untuk pengetahuan semua, Allahyarham Salahuddin Ayub yang juga merupakan bekas menteri KPDN telah memperkenalkan Inisiatif Payung Rahmah bertujuan membantu golongan B40.
“Setelah berjaya memperkenalkan lima Inisiatif di bawah Konsep Payung Rahmah pada tahun 2023 iaitu Jualan Rahmah, Menu Rahmah, Bakul Rahmah, Kafe Rahmah dan Pakej Rahmah, KPDN mahu merintis lima Inisiatif Ihsan Rahmah tahun ini,” ujarnya.
Dalam pada itu, KPDN akan menambahbaik pelaksanaan Program Jualan Rahmah melalui beberapa pendekatan seperti Pelancaran Takwim Bulanan Jualan Rahmah 2024, Penawaran produk Pasar Rahmah di dalam Program Jualan Rahmah, Penganjuran Program Jualan Ihsan Rahmah (PJIR) Musim Perayaan,Perluasan Bazar dan Ramadan.
Pemerkasaan Konsep Payung Rahmah ini adalah hasil dapatan Kajian Impak Program Payung Rahmah yang telah dilaksanakan olen KPDN dari bulan September hingga November 2023 yang làlu.
Antaranya dapatan kajian adalan sebanyak 81% daripada responden menyatakan berpuas hati dengan pelaksanaan program tersebut, selain sebahagian berpendapat program perlu ditambah baik.