Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Berjaya Dapat Permit, Google, Microsoft Dan Amazon Bakal Buka HQ Di Arab Saudi

Google, Microsoft dan Amazon adalah antara beberapa syarikat gergasi multinasional yang memperoleh permit untuk menempatkan ibu pejabat serantau di Arab Saudi.

Bakal dapat kontrak kerajaan

Memetik laporan dari Arab News, data rasmi menunjukkan bahawa syarikat-syarikat berkenaan mendapat lesen pada waktu yang tepat sekali gus layak untuk mendapat kontrak kerajaan.

Kredit foto: Google

Google, Microsoft dan Amazon berjaya dapat permit sebelum 1 Jan 2024

Difahamkan, pada tahun 2023, kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan syarikat antarabangsa yang tidak mempunyai ibu pejabat Timur Tengah di Riyadh tidak akan dapat menjalankan operasi mereka di negara terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jadi, kerajaan Arab Saudi menyatakan  tarikh akhir bagi syarikat-syarikat itu mendapatkan permit adalah 1 Januari 2024 dan Kementerian Pelaburan Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan data menunjukkan beberapa syarikat terbesar di dunia sudah berjaya mendapatkan permit masing-masing.

Kredit foto: Reuters

Selain Google, Microsoft dan Amazon, beberapa lagi syarikat gergasi turut dapat

Untuk rekod, Google telah mendapatkan lesennya pada 14 Disember. Manakala Microsoft dan Amazon pula masing-masing mendapatkan lesen pada 26 dan 27 Disember.

Syarikat lain seperti Airbus, Oracle dan Pfizer turut mendapatkan lesen mereka sebelum tarikh akhir yang dinyatakan tamat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kredit foto: Asian Aviation

Lesen sah selama 5 tahun bermula dikuatkuasa

Menerusi laman web rasmi  Kementerian Pelaburan Kerajaan Saudi, lesen tersebut dinyatakan sah sehingga lima tahun bermula ia dikuatkuasa.

Dalam pada itu, sebanyak 200 syarikat antarabangsa turut menerima kebenaran bagi menubuhkan ibu pejabat mereka di Arab Saudi sebelum 1 Januari 2024.

Kredit foto: Google

Advertisement. Scroll to continue reading.

Inisiatif bersama antara Kementerian Pelaburan dan Suruhanjaya Diraja bagi Bandaraya Riyadh

Sementara itu, beberapa firma termasuk Northern Trust, dan Bechtel dari AS, dan IHG Hotels and Resorts, PwC, dan Deloitte dari UK telah pun menubuhkan pangkalan Timur Tengah mereka di Arab Saudi.

Menurut sumber, program berkenaan merupakan inisiatif bersama antara Kementerian Pelaburan dan Suruhanjaya Diraja bagi Bandaraya Riyadh.

Kredit foto: Google

Artikel lain: Arab Saudi Umum Temui Emas Sepanjang 100km Dalam Lombong Di Wilayah Mekah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menteri Pelaburan, Khalid Al-Falih sebelum ini pernah memaklumkan yang Arab Saudi sudah melepasi sasaran untuk menarik 160 syarikat antarabangsa ke Kerajaan di bawah skim terbabit.

Sekitar Disember tahun lalu, Arab Saudi telah membuat pengumuman untuk menawarkan insentif kewangan buat syarikat asing yang menubuhkan ibu pejabat serantau mereka di sana, termasuk pengecualian cukai pendapatan korporat selama 30 tahun.

Selain itu, firma antarabangsa yang mempunyai pangkalan di Arab Saudi juga akan mendapat faedah istimewa jika mereka mematuhi keperluan Saudisasi.

Sumber: Arab News

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular video di media sosial memaparkan kali terakhir seorang gadis, Nia Kurnia Sari dilihat warga kampung sebelum dilaporkan hilang dan mayatnya ditemui beberapa hari...

Lokal

Ibu kepada Al Fateh Fikry Amri, Sabrina Hakiem Zaini akan kembali bertugas sebagai guru selepas cuti sekolah pertengahan penggal kedua ini. Foto: Facebook Sinar...

Dunia

Puteri Wales, Kate Middleton berkongsi kelegaan selepas beliau selesai jalani rawatan kemoterapi yang telah berlangsung selama sembilan bulan menersui sebuah video yang sangat peribadi....

Politik

Perikatan Nasional (PN) pertaruh Ahli Jawatankuasa Bersatu Bahagian Kluang, Mohamad Haizan Jaafar atau turut dikenali sebagai Coach Haizan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd