Sejak beberapa hari ini, isu kecurangan YouTuber terkenal Indonesia, Reza Arap terhadap isterinya Wendy Walter telah menjadi topik utama di media sosial negara seberang.
Paling mengejutkan sudah tentu nama penyanyi popular, Rossa turut dikaitkan dalam hal tersebut. Perkara itu terjadi susulan kedekatan pelantun lagu Hey Ladies itu dengan YouTuber tersebut lebih-lebih lagi setelah tularnya video Arap memberikan jambangan bunga kepada penyanyi itu sewaktu di atas panggung.
Isteri dedah kecurangan suami
Netizen Indonesia dilihat menyerang Rossa setelah isteri YouTuber berkenaan mendedahkan bahawa suaminya berlaku curang di media sosial.
Netizen salah faham komen di IG
Susulan daripada itu, pemilik nama sebenar Sri Rossa Roslaina Handiyani atau mesra disapa Teh Ocha telah menulis di Twitternya menjelaskan komen yang ditinggalkan di Instagram Arap sehingga menjadi perdebatan umum.
Baik padam komen bukan2 tu, risau malu nanti
Jadi, dia meminta netizen yang meninggalkan komen memburukkannya serta menuduh yang bukan-bukan supaya memadam komen tersebut agar tidak malu apabila cerita sebenar diketahui kelak.
Terdahulu, nama Rossa telah menjadi bualan dan dituduh punca keretakkan rumah tangga Reza Arap dan isteri.
Menurut media-media tempatan, Arap dikatakan kantoi curang setelah isterinya menjumpai sendiri lelaki itu bersama perempuan lain.
Sumber: Twitter Rossa Roslaini