Pelakon Hollywood, Angelina Jolie melawat Pakistan demi menarik perhatian dan keprihatinan antarabangsa berhubung banjir besar melanda negara tersebut baru-baru ini.
Menurut laporan CNA Lifestyle, pelakon berusia 47 tahun itu dilihat tiba di lapangan terbang Karachi pada Selasa sebelum melawat beberapa daerah seperti di Dadu di wilayah Sindh.
Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa (IRC) dalam satu kenyataan memaklumkan, Jolie mahu merasai sendiri dan memahami situasi penduduk yang terjejas.
“Secara langsung, dia mengetahui tentang keperluan penduduk serta mengambil langkah-langkah pencegahan…
“…supaya kejadian itu tidak berulang di masa hadapan,” kata kenyataan tersebut pada Isnin, seperti dipetik CNN.
Berdasarkan laporan BERNAMA pula, Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi antara pembekal bantuan utama dengan menghantar berpuluh-puluh penerbangan sejak Ogos.
“Ia disediakan bagi membantu penduduk, kehidupan mereka dan infrastruktur segera serta untuk jangka panjang,” ujar ADB.
Untuk rekod, lebih 33 juta penduduk terjejas oleh bencana berkenaan disebabkan hujan lebat monsun sejak pertengahan Jun.
Jumlah kematian pula melepasi 1,550 termasuk beratus-ratus kanak-kanak serta kira-kira 13,000 lagi cedera.
Sumber: CNA Lifestyle , CNN , BERNAMA