Seorang bekas guru yang sudah bersara sejak tahun 2003 masih gigih mengajar anak bangsa apabila berkongsi video-video menyelesaikan masalah matematik di aplikasi TikTok.
Dah bersara sejak 2003
Memetik laporan dari detikedu, pesara guru Matematik dari Purworejo, Jawa Tengah, Indonesia dikenali sebagai Melan Achmad masih lagi bersemangat mengajar walaupun sudah 20 tahun menamatkan perkhidmatannya.
Dalam video yang dikongsi di binaprestasi, dapat dilihat yang Pak Melan masih memakai baju kemeja dan seluar slack ketika mengajar para pelajar di atas talian.
@binaprestasiswa
Bekas guru masih gigih mengajar, kelas bermula petang hingga malam
Difahamkan, Pak Melan mengajar subjek matematik untuk sekolah rendah dan menengah secara atas talian bermula waktu petang hingga malam.
Bagi sekolah rendah, dia memulakan kelas secara siaran langsung pada jam 4 petang hingga 5.30 petang, manakala untuk menengah bermula jam 7.30 petang hingga 9 malam waktu tempatan.
Bekas guru masih gigih mengajar, video kongsi di TikTok
Selain dari melakukan siaran langsung, dia juga memuat naik video-video mengajar ke akaun TikTok miliknya sebagai panduan untuk para pelajar menyelesaikan masalah dalam subjek terbabit.
Dia yang menyatakan mengajar adalah hobinya mengakui bahawa jaringan rangkaian internet antara yang menjadi cabaran untuknya memulakan kelas.
Artikel lain: Tegur Pelajar Enggan Solat, Ibu Bapa Laporkan Guru Ke Pihak Polis
Kesungguhannya dalam mencurahkan ilmu tidak hanya kepada murid sekolah, bahkan orang dewasa serta guru-guru juga turut mengikuti pengajaran yang dilakukan.
Menjengah ke ruangan komen di setiap video dikongsi oleh Pak Melan, ramai yang kagum dengan semangatnya dalam mencurahkan ilmu dan berharap supaya pesara guru berkenaan terus diberi kekuatan serta kesihatan yang baik.
Sumber:TikTok binaprestasisiswa, detikedu