Penyanyi dan pelakon, Bunga Citra Lestari (BCL) sekali lagi menjadi bualan hangat selepas berkongsi momen lawat kota dilaknat, Kota Al Ula, Arab Saudi baru-baru ini.
Menerusi beberapa perkongsian di Instagram, BCL memuat naik foto memaparkan dia dan keluarga sedang bercuti di kota berkenaan.
Pada foto tersebut, penyanyi berusia 40 tahun itu mengenakan jubah berwarna coklat dan dipadankan dengan tudung yang digayakan menjadi turban.
Artikel lain: Lucinta Dah Insaf, Mahu Kembali Ke Fitrah Asal Selepas Tonton ‘Siksa Neraka’
Suami Tiko Aryawardhana dan anak lelakinya, Noah Aidan Sinclair juga kelihatan gah kerana mengenakan persalinan jubah yang sedondon dengan pakaian BCL.
Selain itu, dalam satu perkongsian lain BCL juga dilihat bergambar di hadapan sebuah tembok cermin gergasi yang popular di lokasi terbabit.
Bunga Citra Lestari lawat Kota Al Ula
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bertindak mengecam tindakan penyanyi lagu Ingar tu bersama keluarganya yang melawat Kota Al Ula.
Kota yang dihindari Rasulullah SAW…
Minimum pengetahuan mengenai kota Al Ula…
Nabi larang kita ke kota itu, kenapa datang juga?
Astagfirullah!
Kenapa datang ke Al Ula?
Sementara itu, ada juga segelintir individu meninggalkan komen menegur dan mendoakan agar BCL istiqomah atau kekal memakai hijab.
Semoga istiqamah berhijab
Pakai hijab lagi cantik..
Cantik, tapi sayang nampak leher…
Bagaimanapun, BCL tidak membalas mana-mana komen itu namun menjawabnya dengan pinned komen yang memberikan penerangan berhubung kota larangan tersebut.
Tidak semua tempat di Al Ula dilarang
Mohon buat bacaan lebih
Terdahulu, BCL berkunjung ke Tanah Suci buat kali pertama bagi menunaikan umrah bersama keluarga termasuk ibunya Emmy Muchlis.
Sekadar info, Al Ula dikenali sebagai kota yang mana Allah SWT menurunkan azab kepada kaum Nabi Saleh kerana enggan menyembah-Nya.
Sumber: Instagram Bunga Citra Lestari