Penyanyi asal Indonesia, Putri Ariani yang juga pemenang tempat keempat America’s Got Talent (AGT) berkongsi khabar gembira apabila dia kolaborasi bersama pemuzik antarabangsa, Alan Walker dan Peder Elias.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Putri menerusi laman Instagramnya yang meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk menyajikan lagu berjudul ‘Who I Am’ kepada orang ramai.
Putri Ariani kolaborasi bersama Alan Walker
Artikel lain: Duet Bersama Leona Lewis, Putri Ariani Menang Tempat Ke-4 America’s Got Talent
“Saat pertama kali saya mendengar lagu ini, saya merasa ia benar-benar mewakili saya. Saya sangat bersyukur kerana Alan Walker memilih saya untuk menyanyikan lagu ini bersama Peder Elias,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Bukan itu sahaja, Putri yang juga mempunyai masalah penglihatan itu turut memaklumkan lagu tersebut sudah dimuat naik secara rasmi di semua platform digital.
Malah, pemuzik Alan Walker mengucapkan terima kasih kepada Putri kerana menjadi sebahagian sepanjang bekerjasama bagi menjayakan lagu itu.
Netizen ucap tahniah, bangga denmgan Putri!
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen termasuklah rakan artis menzahirkan ucapan tahniah kepada Putri dengan pencapaian yang sungguh membanggakan.
Semoga dipermudahkan urusan!
Dalam pada itu, ada juga netizen yang mendoakan agar utusan Putri dalam dunia seni hiburan dipermudahkan selalu dan mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
Sumber: Instagram @Putri Ariani