Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Juara Tinju Dunia Peluk Islam, Tukar Nama Kepada Abdul Wahid

Juara tinju dunia, Gervonta Davis telah berjaya menarik perhatian ramai apabila dia membuat keputusan untuk peluk Islam dan menukar namanya kepada Abdul Wahid pada awal minggu lalu.

Menurut laporan Daily Mail, petinju yang berusia 29 tahun itu dikatakan mahu mengikut jejak langkah beberapa petinju lagenda lain yang telah memeluk agama tersebut seperti Muhammad Ali, yang dahulunya dikenali sebagai Cassius Clay.

Juara tinju dunia peluk Islam

Artikel lain: Bekas Paderi Terkenal Australia Peluk Islam Selepas 45 Tahun Berkhidmat Di Gereja

Nama baharu Davis diterjemahkan kepada ‘The Servant of The One’ dan menerima pakai kepercayaan baharunya di Maryland pada 24 Disember lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, petinju itutelah melakukan kesaksian keimanan Islam, syahadat, dan seterusnya menerima nama baharunya. Bagaimanapun, dia dilaporkan masih belum menukar namanya secara sah.

Bukan itu sahaja, salah seorang imam yang bernama Hassan Abdi akui terkejut dengan keputusan Gervonta Davis malah memberitahu petinju tersebut seorang yang merendah diri.

“Saya terkejut bertemu dengannya kerana saya tahu siapa dia tetapi tidak tahu sejauh mana personalitinya namun, dia seorang yang sangat rendah hati,” katanya.

Sekadar info, Davis tidak pernah tewas untuk 29 perlawanan dan telah memegang gelaran lightweight Persatuan Tinju Dunia sejak 2019.

Sumber: Daily Mail

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Penyanyi runut bunyi anime, Sayuri meninggal dunia 20 September lalu pada usia 28 tahun, hanya enam bulan selepas berkahwin dengan suaminya, Amaarashi. Menerusi satu...

Sosial

Seorang pegawai polis dari Thailand cakap Bahasa Melayu untuk menasihati rakyat Malaysia yang melawat negara itu sentiasa membawa lesen memandu tidak kira lesen memandu...

Spotlight

Baru-baru ini, pelakon terkenal Indonesia, Raffi Ahmad  menerima gelaran doktor honoris causa atau doktor kehormat dari Universal Institute of Professional Management (UIPM) di Thailand....

Lokal

Muhammad Amir Hakimi Sabari, anak kepada pesara Felcra, Sabari Baharom yang disyaki dibunuh dengan cara dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, Jitra akui kenal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd