Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPKM Nafi Wujud Kartel Kawal Harga Padi, Beras Dan Benih Padi

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) nafi dakwaan wujud kartel atau mafia yang mengawal harga padi, beras dan benih padi.

Menerusi satu kenyataan, KPKM menjelaskan, industri padi dan beras negara dikawalselia oleh Kawalselia Padi dan Beras melalui Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522).

KPKM nafi wujud kartel

KPKM nafi wujud kartel

Foto: Bernama

KPKM berkata, kementerian melaksanakan aktiviti kawal selia melalui pelesenan dan penguatkuasaan untuk memastikan industri padi dan beras berkembang secara sihat dan teratur.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Akta ini juga memperuntukkan kuasa kepada Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras dalam mengeluarkan lesen dan permit bagi urus niaga padi dan beras meliputi pengilangan, pemborongan, peruncitan, import/eksport dan pemindahan antara negeri,” katanya pada Khamis.

KPKM turut emaklumkan jumlah pengeluaran sebanyak 39,000 pelbagai lesen seperti Lesen Borong Beras, Lesen Eksport, Lesen Import, Lesen Kilang Padi, Lesen Membeli Padi, Lesen Beras Runcit, dan Kelulusan Khas Menjual Benih Padi bagi benih padi sah (BPS) jelas menunjukkan tiada kartel atau mafia dimaksudkan wujud dan mampu memonopoli industri.

Artikel lain: Kenaikan Harga Beras Ada Sebab Munasabah!

KPKM nafi wujud kartel

Foto: BERNAS

“Bagi BPS pula, KPKM telah memperuntukkan sebanyak 72,000 metrik tan benih padi sah bagi memenuhi keperluan pesawah bagi tahun 2023.
“Lesen pengilangan benih padi sah ini juga turut diberi kepada syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) bagi membekalkan benih padi kepada pesawah. Pengesahan BPS melalui ujian makmal dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia,” ujarnya.

Sementara itu, Task Force Operasi Benih Padi Sah (OP BPS) telah dilaksanakan pada 7 hingga 21 November lalu untuk memastikan semua peruncit menjual benih padi sah mengikut harga ditetapkan kerajaan dan tiada sebarang unsur penyorokan BPS.

Advertisement. Scroll to continue reading.

KPKM nafi wujud kartel

Foto: Bernama

“Sepanjang tempoh tersebut, KPKM telah menarik balik sebanyak 22 lesen penjualan benih padi sah milik peruncit yang melanggar syarat lesen,” kata kenyataan itu lagi.

Pada masa sama, KPKM memberi peringatan kepada semua pengilang, pemborong dan peruncit agar sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan dalam isu ini.

Tindakan tegas akan diambil seperti pembatalan lesen sekiranya didapati berlaku pelanggaran undang-undang. Para pesawah dan pengguna dinasihatkan supaya menyalurkan aduan atau maklumat secara rasmi kepada kementerian jika terdapat sebarang pelanggaran undang-undang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Avatar
Written By Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Penyanyi runut bunyi anime, Sayuri meninggal dunia 20 September lalu pada usia 28 tahun, hanya enam bulan selepas berkahwin dengan suaminya, Amaarashi. Menerusi satu...

Sosial

Seorang pegawai polis dari Thailand cakap Bahasa Melayu untuk menasihati rakyat Malaysia yang melawat negara itu sentiasa membawa lesen memandu tidak kira lesen memandu...

Spotlight

Baru-baru ini, pelakon terkenal Indonesia, Raffi Ahmad  menerima gelaran doktor honoris causa atau doktor kehormat dari Universal Institute of Professional Management (UIPM) di Thailand....

Lokal

Muhammad Amir Hakimi Sabari, anak kepada pesara Felcra, Sabari Baharom yang disyaki dibunuh dengan cara dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, Jitra akui kenal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd