Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Pimpin Solat Subuh, Imam Meninggal Dunia Ketika Sujud

Tular sebuah video memaparkan seorang imam meninggal dunia dalam sujud ketika memimpin solat Subuh di sebuah masjid pada Rabu.

Memetik laporan Liputan6, imam yang dikenali sebagai Andi Syamsul Bahri telah menghembuskan nafas terakhirnya di Masjid Al Ula, Balikpapan Barat, Indonesia pada rakaat pertama solat Subuh.

Kejadian itu dirakam oleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di masjid tersebut dan telah dimuat naik ke media sosial.

Menerusi rakaman berdurasi satu minit 17 saat itu, beberapa makmum telah mengangkat kepala bagi memeriksa punca imam sujud terlalu lama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: ‘Kento Nanami’ Bersiar-Siar Di Kuantan? Peminat Gembira Akhirnya Hajat Tercapai!

Melihat keadaan imam yang tidak sedarkan diri, salah seorang makmum di belakang jelas terkejut namun segera bangun dan mengambil alih tugas sebagai imam.

Imam meninggal dunia ketika sujud

Salah seorang daripada Pengurus Dewan Kesejahteraan Masjid (DKM) masjid berkenaan yang bernama Abdul Kadir berkata, Allahyarham Andi ‘pergi’ pada rakaat pertama solat Subuh.

“Beliau meninggal di sujud pertama rakaat pertama solat Subuh,” jelas Abdul Kadir.

Tambahnya, arwah dikenali sebagai anggota jemaah dan pengurus DKM yang aktif dan disenangi oleh semua orang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami ahli DKM di Masjid Al Ula sangat berduka dengan pemergian beliau dan semoga beliau wafat dalam keadaan husnul khotimah,” ujarnya.

Selesai solat Subuh, jenazah arwah telah dibawa pengurus masjid ke Rumah Sakit Sayang Ibu di wilayah Balikpapan Barat sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya.

Sumber: Liputan6

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Jabatan Muzium Malaysia mengambil insiatif menganjurkan program Semarak@Muzium Kota Kuala Kedah yang berkonsepkan muzium bersama komunikasi. Difahamkan, program ini dijadikan sebagai platform dan usaha...

Lokal

YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selamat diijabkabulkan bersama YM Tengku Natasya Puteri Binti...

Lokal

Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming menyerahkan isu bendera China dikibar semasa Sambutan Guan Gong Sedunia di Dataran Menara Condong Teluk Intan, Khamis...

Nasional

Karnival Liga Sukan Uniti peringkat Kebangsaan 2024 mendapat sambutan memberangsangkan dengan penyertaan hampir 23,000 peserta membabitkan 2,300 pasukan di seluruh negara. Timbalan Menterinya, YB...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd