Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

JDT Pasukan ‘Underdog’ Musim Depan, Ramai Lagi Akan Keluar Kelab – TMJ

Kelab bola sepak popular, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal tampil sebagai pasukan ‘underdog’ atau bukan pilihan pada musim depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi satu perkongsian di Instagram rasmi JDT, pemilik JDT iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim ada meninggalkan komen berkata ia adalah sebahagian daripada langkah penjimatan kewangan.

Artikel lain: FIFA Senarai JDT Antara Pasukan Berpotensi Layak Beraksi Di Piala Dunia Kelab 2025

Tunku Ismail berkata, walaupun JDT satu-satunya kelab yang mempunyai kecanggihan fasiliti termasuk stadium, ia gagal untuk menarik minat penyokong tegar pasukan itu untuk memenuhi Stadium Sultan Ibrahim.

“Underdog tahun depan. Akan ramai lagi yang akan keluar dari kelab. Proses berjimat. Stadium jarang penuh. Tiket terbuka RM10 saja.

JDT pasukan ‘underdog’ musim depan

“Apapun, kita doa yang terbaik untuk kelab. Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong kami,” tulis baginda di ruangan komen perkongsian berkenaan.

Sementara itu, dalam perkongsian yang sama, JDT menulis pada ruangan kapsyen bahawa mereka akan melepaskan sebahagian barisan kejurulatihan dan pemain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kelab itu mahu melakukan transformasi dengan mengurangkan perbelanjaan sehingga 30-40 peratus disebabkan keperluan utnuk penstrukturan semula kewangan bagi memastikan kelangsungsan jangka panjang.

“Antara yang meninggalkan kelab termasuk ketua jurulatih Esteban Solari, Rodrigo Barrios, Antonio Mateos, Antonio Gavilan dan Dr Leandro Pinero dari barisan kejurulatihan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pemain seperti Aidil Zafuan Abd Radzak, S. Kunanlan, Ahmad Hazwan Bakri, Adam Nor Azlin, Leandro Velazquez dan Diogo Luis Santo juga akan meninggalkan kelab selepas lama berkhidmat untuk kelab,” tulis kelab itu.

Dalam pada itu, JDT juga mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain yang akan dipinjam keluar seperti Oscar Arribas, Syafiq Ahmad, Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Haziq Nadzli.

Sumber: Instagram JDT

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang bapa meluah rasa terkilan sambil menangis selepas mendapati anak perempuannya telah dinikahi dengan pengurus sekolah pondok anaknya tanpa izinnya. Memetika laporan tvonenews, bapa...

Sosial

Lagu rasmi Universiti Teknologi MARA (UiTM) iaitu UiTM di Hatiku menjadi tular di media sosial selepas ia digunakan oleh pelajar-pelajar dari luar negara video...

Sukan

Atlet terjun negara, Bertrand Rhodict Lises dan atlet sukan layar, Nur Shazrin Mohamad Latif diberi penghormatan sebagai pembawa Jalur Gemilang dalam upacara perasmian temasya...

Bisnes

Platform pembayaran e-dompet dan dalam talian, TNG Digital (TNGD) bersama CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) mengumumkan satu lagi skop pelaburan, e-Mas yang merupakan pelaburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd