Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Program Jualan Rahmah Di Negeri Sembilan Cecah RM10 Juta

Program Jualan Rahmah di Negeri Sembilan bagi tempoh awal April lepas hingga bulan ini merekodkan nilai dianggarkan menjangkau RM10 juta, yang memberi manfaat kepada hampir 600,000 pengguna.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata  KPDN negeri membelanjakan kira-kira RM2 juta daripada peruntukan disediakan bagi melaksanakan kira-kira 300 program Jualan Rahmah sepanjang tempoh itu.

Jualan Rahmah di Negeri Sembilan RM10 juta

Artikel lain: KPDN Laksana Jualan Rahmah Beras Esok, Bantu Ringan Beban Rakyat

“Program itu dilaksanakan melalui kolaborasi dengan pemain industri sektor peruncitan bagi merancakkan ekonomi sektor peruncitan setempat selain membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, menerusi tindakan penguatkuasaan di bawah Pos Tiris bagi membanteras penyelewengan diesel bersubsidi dari Mac hingga bulan ini, beliau berkata KPDN mengesan 76 kes membabitkan lebih sejuta liter minyak diesel.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya tindakan itu dapat menyelamatkan hampir RM3 juta daripada diseleweng oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Seramai 96 individu ditahan susulan kes berkenaan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” ujarnya.

Sumber: Bernama

Nur Ain
Written By Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang bapa meluah rasa terkilan sambil menangis selepas mendapati anak perempuannya telah dinikahi dengan pengurus sekolah pondok anaknya tanpa izinnya. Memetika laporan tvonenews, bapa...

Sosial

Lagu rasmi Universiti Teknologi MARA (UiTM) iaitu UiTM di Hatiku menjadi tular di media sosial selepas ia digunakan oleh pelajar-pelajar dari luar negara video...

Sukan

Atlet terjun negara, Bertrand Rhodict Lises dan atlet sukan layar, Nur Shazrin Mohamad Latif diberi penghormatan sebagai pembawa Jalur Gemilang dalam upacara perasmian temasya...

Bisnes

Platform pembayaran e-dompet dan dalam talian, TNG Digital (TNGD) bersama CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) mengumumkan satu lagi skop pelaburan, e-Mas yang merupakan pelaburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd