Umum sedia maklum, kebanyakkan idola K-Pop perlu menjaga pemakanan seharian mereka untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal untuk memberi persembahan di khalayak umum.
Pun begitu, baru-baru ini, penyanyi terkenal Korea Selatan, Jang Won-young IVE menjadi bualan netizen apabila keadaannya yang dilihat semakin kurus telah mencetuskan kebimbangan ramai.
Menerusi video yang dimuat naik di sebuah laman YouTube, kelihatan Wonyoung sedang beraksi di atas pentas bersama ahli kumpulannya yang lain.
Apa yang menarik perhatian netizen, badan Wonyoung mengalami perubahan yang sangat drastik berbanding sebelum ini dimana bentuk badannya sangat kurus sehingga menampakkan tulangnya.
Nampak tak sihat, tak bermaya
Malah, dengan ketinggian 173 cm dan berat sekitar 45 kilogram, netizen dakwa ia bukan satu bentuk badan yang ideal buat Wonyoung yang hanya membuatkan dia kelihatan tidak bermaya serta tidak sihat.
Tolong jaga kesihatan Wonyoung!
Dalam pada itu, rata-rata netizen terutamanya peminat sempat menitipkan kata semangat serta nasihat buat penyanyi yang berusia 18 tahun itu untuk lebih menjaga kesihatannya selepas ini.
Sumber: Kimchi Daily, YouTube @M2