Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Hadi Awang Dipercayai Tolak Usaha Damai Dengan Anwar Digerak Ikhwanul Muslimin?

Presiden PAS, Hadi Awang dipercayai menolak usaha damai dengan Anwar Ibrahim yang digerakan Ikhwanul Muslimin sekitar dua bulan selepas penubuhan kerajaan perpaduan tahun lalu.

Memetik laporan dari Free Malaysia Today (FMT), ada sumber memaklumkan yang usaha tersebut dibuat menerusi wakilnya dari Qatar demi untuk memperkuatkan suara pemimpin Islam di peringkat antarabangsa lebih-lebih lagi keduanya dalam aliran Ahli Sunnah Waljamaah.

Sumber dakwa usaha ditolak Hadi

Difahamkan, wakil berkenaan telah datang melobi ke Malaysia sebanyak dua kali demi untuk mempertemukan YB Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang  dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim namun gagal.

“Gerakan Islam rasa (persengketaan) itu satu kerugian, (jadi mereka) mengusahakan dua tokoh ini berdamai, malangnya ditolak Hadi,” kata sumber yang mahu identitinya dirahsiakan.

hadi awang dipercayai tolak usaha damai

Ujar sumber itu lagi, Ahli Parlimen Marang itu telah membalas usaha tersebut dengan mengutuskan surat panjang lebar menolak perdamaian berkenaan berlaku.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, penolakan itu tidak dapat dipastikan sama ada membabitkan penyertaan PAS dan kerajaan perpaduan.

Pernah buka pintu untuk PAS, tapi hadi awang dipercayai tolak usaha damai

Terdahulu, Anwar memaklumkan kepada majalah Time bahawa pintu untuk PAS keluar dari kerajaan pembangkang dan masuk ke kerajaan perpaduan masih lagi terbuka sewaktu ditemubual sekitar Oktober.

“Perbezaannya tidak ada yang substantif, ia hanya permainan kuasa,” 
“Tentang sama ada kami bersedia untuk terlibat dengan mereka, sudah tentu kami lakukan. Kita mesti. Dan saya telah menghantar [jemputan] kepada mereka …
Ya, saya telah terbuka dengan idea itu dari awal. Lagipun, ini adalah kerajaan perpaduan dan kita melakukan yang terbaik untuk negara kita.
Tetapi sudah tentu, kita akan membuat garisan. Islam adalah agama bagi Persekutuan, tetapi ini adalah negara berbilang agama dan saya mahu setiap rakyat di negara ini, daripada semua fahaman agama, tahu bahawa mereka mempunyai tempat di negara ini,”
“Tiada sesiapa pun harus didiskriminasi, dipinggirkan, atau diabaikan.” katanya.

hadi awang dipercayai tolak usaha damai

Artikel lain: Mat Sabu Bertekad! Bakal Dedah ‘Rahsia’ Abdul Hadi Malam Ini

Untuk rekod,  Anwar dan Hadi pernah bekerjasama ketika dalam Pakatan Rakyat dari 2008 hingga 2015, menyaksikannya berjaya menawan Selangor, Pulau Pinang, Perak, dan Kedah, selain mengekalkan pentadbiran di Kelantan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: FMT (Mohd Farhan Darwis), TIME Magazine (Debasish Roy Chowdhury)

 

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd