Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tourism Malaysia Lancar Pakej Minat Khas Houseboat 2023/2024

Tourism Malaysia lancar pakej minat khas ‘Houseboat 2023/2024’ bagi mempelbagaikan penawaran produk minat khas di pasaran.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr. Ammar Abd. Ghapar berkata, houseboat dilihat sebagai satu alternatif percutian berkumpulan kepada orang ramai.

Foto: Santai Travel 

“Promosi pakej sebegini memberi peluang untuk orang ramai mengambil kesempatan untuk bercuti sekeluarga ataupun bersama kawan-kawan sempena cuti sekolah dan cuti hujung tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, promosi pakej ini juga akan dapat membantu menajan aktiviti ekonomi bagi masyarakat setempat secara tidak langsung.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebanyak 11 pakej pelancongan houseboat ditawarkan oleh enam agensi pelancongan untuk tempoh perjalanan 1 Disember 2023 hingga 30 Jun 2024.

Pakej pelancongan houseboat ini juga melibatkan lokasi houseboat yang popular iaitu di Royal Belum di Perak dan Tasik Kenyir di Terengganu.

Tourism Malaysia lancar Pakej Minat Khas Houseboat 2023/2024

Foto: The Star

Dalam pada itu, pakej-pakej ini menawarkan kepelbagaian pengalaman bercuti melalui aktiviti seperti berkayak, berakit, memancing, memanah dan banyak lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, promosi pakej khas houseboat ini juga telah mengambil kira kesediaan produk yang ada di Royal Belum di Perak dan Tasik Kenyir di Terengganu.

Jumlah houseboat yang berdaftar di Royal Belum adalah sebanyak 41 buah houseboat dengan penawaran sebanyak 615 katil sehari.

Manakala, di Tasik Kenyir pula mempunyai 86 buah houseboat dengan penawaran sebanyak 1,290 katil dalam sehari.

Untuk maklumat lanjut berkenaan pakej-pakej yang ditawarkan, orang ramai boleh mendapatkannya di laman web Tourism Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd