Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Subsidi Tiket Penerbangan Ke Sabah, Sarawak Jika Harga Lebih RM599 Sehala – MOT

Kementerian Pengangkutan (MOT) bersetuju untuk melaksanakan bantuan subsidi tiket penerbangan kelas ekonomi dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.

Menterinya Anthony Loke berkata, bantuan subsidi itu akan bermula esok dan akan diteruskan untuk perayaan utama tahun hadapan.

Foto: Bernama 

“Subsidi ini juga akan diberikan bagi perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Kaamatan, Gawai dan Krismas,” katanya dalam satu sidang media di Sepang, hari ini.

Beliau berkata, tiket penerbangan berharga kurang daripada RM599 bagi laluan berkenaan akan dijual pada harga asal yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Manakala, bagi tiket penerbangan kelas ekonomi melebihi RM599 pula, kerajaan akan membayar perbezaan antara harga asal tiket penerbangan dan harga maksimum tersebut.

Selain itu, Loke juga berkata bahawa inisiatif bagi perayaan-perayaan utama tahun hadapan akan dimulakan pada 1 Januari ini.

Artikel lain: Kementerian Kewangan Akan Selesaikan Isu Permohonan EMADANI Ditolak

“Harga tiket penerbangan kelas ekonomi sehala saja yang akan diberikan subsidi ini dan tidak termasuk cukai serta fi.
“Mulai tarikh dinyatakan itu, orang ramai boleh membeli tiket penerbangan melalui lama sesawang syarikat penerbangan domestik iaitu AirAsia, Firefly, Malaysia Airlines Berhad dan Batik Air,” ujarnya.

Foto: Kosmo Digital

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, pemberian subsidi ini mengikut terma dan syarat tiket penerbangan itu sendiri seperti perubahan tarikh atau pertukaran penerbangan tidak dibenarkan hanya sah untuk penerbangan yang ditunjukkan pada tiket.

Selain itu, tiada pertukaran nama dibenarkan dan tiket penerbangan yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan.

“Kerajaan juga akan meneruskan inisiatif-inisiatif lain termasuk memudahcara penambahan penerbangan setiap musim perayaan.
“Bagi Perayaan Krismas, MOT melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah memudahcara sebanyaj 114 penerbangan tambahan antara Semenanjung dengan Sabah, Sarawak dan Labuan,” katanya.

Pemberian subsidi ini ternyata menunjukkan kesan yang positif selepas harga tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke destinasi utama Sabah dan Sarawak turun antara 5% hingga 33% setakat pagi ini berbanding minggu lepas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd