Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Malaysia Sokong UNGA, Tuntut Gencatan Senjata Segera Di Gaza

Malaysia menyatakan sokongan dan menaja bersama draft resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNGA) dalam menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera di Gaza.

Menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra), resolusi bertajuk “Protection of civilians and upholding legal and humanitarian obligations” itu diterima pakai semasa Sesi Khas Tergempar (ESS) Ke-10 UNGA yang disambung semula dengan 153 undi menyokong, 10 menentang manakala 23 lagi berkecuali.

Katanya, sokongan padu terhadap resolusi itu oleh sekumpulan negara mencerminkan komitmen tidak berbelah bahagi masyarakat antarabangsa  dalam mencari penyelesaian yang adil, berkekalan dan damai terhadap konflik Palestin-Israel.

“Ini menjadi lebih mendesak memandangkan tragedi kemanusiaan yang mengerikan yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza akibat serangan Israel yang tidak henti-henti,” menurut kenyataan.

UNGA Gaza

Artikel lain: Insiden Hospital Diletupkan: Russia & UAE Gesa Mesyuarat Tergempar Majlis Keselamatan PBB

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malaysia bersama Bangladesh, Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Maldives, Namibia, Afrika Selatan, Thailand, Timor-Leste dan Turkiye menyokong permintaan bersama itu.

Kenyataan itu  adalah jelas mengatakan Majlis Keselamatan gagal melaksanakan tanggungjawabnya dengan penerimaan resolusi itu mengesahkan semula peranan penting Perhimpunan Agung dalam perkara yang berkaitan dengan keamanan dan keselamatan antarabangsa.

“Majlis Keselamatan seharusnya memberi keutamaan kepada tuntutan majoriti berbanding kehendak segelintir pihak yang mementingkan diri,” menurut kenyataan lagi.

UNGA Gaza

Resolusi itu turut menyuarakan kebimbangan terhadap situasi malapetaka kemanusiaan di Semenanjung Gaza dan menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera serta menggesa pembebasan segera dan tanpa syarat semua tebusan, selain memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan.

Wisma Putra berkata Malaysia menegaskan bahawa satu-satunya penyelesaian yang berkekalan terhadap malapetaka yang menghancurkan itu ialah dengan memberikan rakyat Palestin negara merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, resolusi berkenaan turut menggesa semua pihak untuk mematuhi kewajipan mereka di bawah undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang kemanusiaan antarabangsa, terutamanya berkaitan perlindungan orang awam.

Sumber: FB Wisma Putra

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Sebanyak 13 ekor kuda di sebuah pusat latihan kuda yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Kampung Mengabang Panjang, Kuala Nerus yang...

Lokal

Polis Diraja Malaysia (PDRM) siasat satu video tular yang memaparkan beberapa individu turunkan bendera Jalur Gemilang dan menggantikannya dengan bendera Sabah dan Sarawak. Memetik...

Lokal

Restoran milik Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB) masih beroperasi di United Kingdom walaupun kebanyakan perniagaannya telah ditutup di Malaysia. Foto: Facebook GISB...

Lokal

Khutbah Jumaat di semua surau dan masjid di Melaka mencetuskan konflik apabila slaid yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menampilkan gambar ahli...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd