Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Mustapha Sakmud Umum 10 Fokus Utama Di KPT

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Mustapha Sakmud umum 10 fokus utama di dalam kementerian itu, hari ini.

Mustapha berkata, ia termasuklah pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET) merentasi 12 kementerian disamping meneruskan inisiatif Jejak TVET Madani.

Mustapha Sakmud umum 10 fokus utama di KPT

Foto: Berita Harian 

“Inisiatif ini akan menonjolkan graduan institut pengajian tinggi (IPT) berbakat besar dalam perusahaan dan merealisasi hasil inovasi IPT dipasar secara komersial,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau berkata, kesedaran kesihatan mental dalam kalangan pelajar juga akan terus dipromosikan sekaligus memperkasa kekuatan emosi dan spiritual mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: V. Sivakumar Ucap Terima Kasih, Mohon Maaf Jika Ada Kesilapan Sepanjang Di KSM

“Pelajar dari keluarga miskin tegar dan pedalaman akan dibimbing oleh kementerian bagi memastikan mereka dapat menamatkan pengajian mengikut tempoh yang ditetapkan,” ujarnya.

Selain itu, Mustapha juga berkata beliau juga akan memberikan perhatian kepada ketidakpadanan pekerjaan yang mengakibatkan guna tenaga tidak penuh.

Foto: Utusan Malaysia

“Sinergi antara akademik dan industri dalam mencapai objektif Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, Ekonomi Madani, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) dan Kerangka Ekonomi Madani dengan mendasari silibus akademik yang mengutamakan pendedahan industri sebenar akan diperkasakan,” katanya.

Selain itu, beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Sepanggar akan menurunkan kadar pengangguran dalam kalangan belia yang kini pada 10.1%.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mustapha juga menyentuh berkenaan pelajar yang menjalani latihan praktikal dan akan memastikan pelajar mendapat elaun yang setimpal.

Malah, kementeriannya akan meneruskan komitmen dan menjalankan amanah sebaik mungkin di bawah pimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

“Jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas peluang untuk saya menyambung perkhidmatan di KPT selepas 12 bulan berkhidmat di Kementerian Sumber Manusia,” kongsinya.

Sumber: Facebook Mustapha Sakmud

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd