Seorang ibu Palestin meraung apabila anak kesayangannya meninggal dunia akibat serangan yang dilakukan zionis Israel di Semenanjung Gaza.
Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman X, ibu tersebut sedang memeluk erat jasad anaknya yang berlumuran darah telah berjaya menarik perhatian ramai.
Ibu Palestin meraung
“Forgive me if I fell short with you”
“I swear, while pregnant, I took 580 heparin injections "anticoagulant" to ensure a healthy delivery for him.”
NOOOO WORDS ‼️‼️
https://t.co/XS52LtERhi— Nour Naim| نور نعيم (@NourNaim88) December 6, 2023
Artikel lain: Budak Palestin Seronok Dapat Masak, Guna Sisa Sampah Buat Unggun Api
Dalam video tersebut, wanita itu memohon maaf atas kekurangannya sepanjang menjadi seorang ibu malah, wanita tersebut mendedahkan dia pernah mengambil suntikan heparin sebanyak 580 kali bagi memastikan arwah anaknya itu dilahirkan dengan sihat.
“Maafkan saya jika saya gagal menjadi ibu, saya bersumpah ketika hamil, saya ambil 580 suntikan heparin ‘anticoagulant’ untuk memastikan dia dilahirkan dengan sihat, selamat,” ujar wanita terbabit.
Netizen sebak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak atas nasib yang menimpa terhadap wanita terbabit yang kehilangan insan tersayang di dunia gara-gara kekejaman tentera zionis.
Ramai mendoakan
Bukan itu sahaja, ramai yang mendoakan agar wanita itu terus tabah dalam menghadapi dugaan dan sentiasa kuat dalam berjuang mempertahankan tanah air mereka daripada terus dirampas Israel.
Sekadar info, heparin adalah sejenis ubat yang tergolong dalam kumpulan ubat cair darah atau ‘anticoagulant’ . Ia bertindak dengan menghalang pembentukan gumpalan darah pada pembuluh darah vena dan arteri.
Heparin biasanya digunakan untuk merawat dan mencegah pembekuan darah yang biasa disebabkan oleh penyakit-penyakit tertentu seperti penyakit jantung, pulmonary embolism, pembentukan thrombosis pada salur darah vena kaki.
Heparin juga tidak boleh merentasi dinding placenta dan meresap ke dalam sistem peredaran bayi dalam kandungan jadi, pengambilannya semasa mengandung adalah selamat.
Sumber: X @Nour Naim