Seorang pengantin perempuan yang tular baru-baru ini kerana ‘suami’ rupanya wanita dilaporkan telah lari dari kampung.
Memetik laporan TribunJabar, wanita yang tinggal di Cianjur itu telah bernikah dengan ‘suaminya’ yang juga memiliki jantina sama.
‘Suami’ rupanya wanita, pengantin perempuan lari dari kampung
Bagaimanapun, jantina si ‘suami’ akhirnya terbongkar apabila bapa kepada pengantin wanita membuat semakan di jabatan agama di Sukaresmi.
Setelah perkara itu terbongkar, wanita tersebut mengambil keputusan untuk melarikan diri dari rumah kerana terkejut dan berasa malu dengan kejadian terbabit.
Artikel lain: Anak Taikun Emas Raikan Majlis Kahwin Dalam Kapal Terbang
“Dia sudah meninggalkan rumah kerana terkejut dan malu dengan kejadian yang menimpa dirinya,” kata Ketua Daerah Cianjur, Herman Suherman.
Tambahnya, pengantin perempuan yang melarikan diri itu telah ditemui rumah rakannya di Kecamatan Cikalongkulan dan dibawa pulang oleh orang kampung.
Dalam pada itu, wanita yang berpura-pura menjadi ‘suami’ sudah ditahan di Ibu Pejabat Polis Sukaresmi kerana berhutang dengan orang kampung.
Sementara itu, orang kampung di Cianjur akan memberikan bantuan dari segi psikologi kepada pengantin wanita dan keluarganya untuk memulihkan kesihatan mental mereka.
Terdahulu, bapa kepada pengantin wanita melakukan pemeriksaan ke jabatan agama bagi memastikan identiti sebenar ‘suami’ anaknya kerana tidak mahu memberikan kad pengenalannya.
Dia terpaksa mengambil tindakan berkenaan selepas si ‘menantu’ tidak pernah ‘menyentuh’ anaknya walaupun sudah berkahwin selama tiga hari.
Sumber: TribunJabar