Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Harga Jualan & Sewa Kediaman Dijangka Naik Hampir 10% Tahun Depan

Harga jualan dan sewa kediaman dijangka naik hampir 10 peratus pada tahun 202 khususnya di Kuala Lumpur dan Selangor.

Menurut Indeks dan Survei Hartanah IQI terkini – Suku Keempat Malaysia 2023, tahun 2024 adalah tahun yang baik untuk pasaran hartanah Malaysia berdasarkan sentimen pasaran yang kukuh dalam kalangan ratusan ejen hartanah dan perunding.

Menurut laporan Buletin TV3, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari memberitahu nisbah sewa beli iaitu 91.1 peratus mengatakan mereka akan menasihati rakan untuk membeli hartanah pada hari ini, manakala hanya 8.9 peratus mencadangkan untuk menyewa telah membuktikan  keyakinan kukuh dalam pasaran hartanah.

Harga jualan, sewa kediaman naik

Artikel lain: DOSM Jangka Ekonomi Malaysia Tumbuh Perlahan Dalam Tempoh Terdekat

Advertisement. Scroll to continue reading.

Meskipun nisbah tersebut hampir sama di seluruh negara, namun ia berbeza sedikit di Kuala Lumpur dan Selangor dimana 88.8 peratus untuk membeli berbanding 11.2 peratus untuk menyewa.

“Ejen mungkin mencadangkan pembelian kerana mereka menjangkakan berlakunya peningkatan ketara dalam harga jualan dan sewa pada 2024. Keyakinan ini mungkin berdasarkan arah aliran ekonomi yang dijangkakan, aliran masuk pelaburan, penambahbaikan infrastruktur dan dinamik permintaan dan bekalan.
“Unjuran yang dibuat ialah kenaikan 9.95 peratus dalam harga kediaman dan kenaikan 9.57 peratus dalam sewa bagi tempoh 12 bulan akan datang. Khususnya di Kuala Lumpur dan Selangor, industri menjangkakan harga meningkat sebanyak 9.7 peratus dan sewa sebanyak 9.9 peratus,” katanya.

Bukan itu sahaja, Kashif turut menjangkakan harga dan sewa akan meningkat yang secara tidak langsung memberi petanda peningkatan modal dan pertumbuhan hasil sewa.

“Itu boleh menggalakkan pelabur dan penyewa kembali ke pasaran dan membolehkan pemaju melancarkan projek-projek baharu. Kami menjangkakan untuk melihat lebih banyak permintaan pada 2024, didorong oleh trend demografi Malaysia, pembandaran, pertumbuhan ekonomi dan perubahan dalam kemampuan perumahan,” ujarnya lagi.

Difahamkan juga, hasil kajian yang dijalankan dari 1 hingga 22 November 2023 dengan panel penyelidikan membabitkan 203 ejen dan perunding hartanah di setiap negeri dan wilayah kecuali Perlis.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd