Baru-baru ini, Rio Ferdinand mendakwa Lionel Messi sudah ‘unfollow’ Alejandro Garnacho kerana penyerang Manchester United itu telah memilih Cristiano Ronaldo sebagai idolanya.
Menurut laporan The Sun, Garnacho mengakui dia sudah lama mengagumi bintang Portugal tersebut dan mendedahkan perkara tersebut kepada umum.
Messi unfollow Garnacho
Artikel lain: Enam Jersi Messi Dilelong, Hasil Jualan Dijangka Cecah RM46.61 Juta
“Garnacho memberitahu saya bahawa Messi berhenti mengikutinya (di Instagram) hanya kerana dia tidak berahsia memilih Ronaldo.
“Dia tidak peduli, ‘saya orang Ronaldo’. Siapa Goat? Ronaldo. (Malah) ketika dia berada dalam skuad Argentina,” dedah Ferdinand di dalam podcast Vive with Five.
Apa yang lebih mengejutkan ramai, peminat mendakwa sudah tidak lagi mengikuti Garnacho susulan keputusan tersebut meskipun bintang Manchester United itu mengikutinya.
Sementara itu, abang kepada Alejandro Garnacho iaitu Roberto Garnacho tampil menjawab spekulasi tersebut dengan mendakwa Messi tidak pernah mengikuti adiknya di laman Instagram.
Malah, dia meminta kepada pihak yang terlibat supaya berhenti menyebarkan kebencian berkaitan pemain-pemain tersebut di khalayak umum.
Fake , Messi never followed him , stop making stuff up just to create hate , garna loves and admires both of them and you all Trying to creating a rivalry. https://t.co/mQIW4FFWCa
— Roberto Garnacho (@garnakjcc) November 28, 2023
Sumber: The Sun (Ellie Grant)