Kematian anak boleh menjadi satu kehilangan yang paling menyakitkan. Walaupun kematian adalah satu perkara yang akan dilalui oleh semua individu, namun, kehilangan anak tersayang adalah satu mimpi ngeri dalam kehidupan.
Sebagai ibu bapa, kehilangan yang dirasai boleh menjadi untuk satu tempoh yang panjang dan memeritkan. Walau bagaimanapun, situasi tersebut perlu diterima dengan hati terbuka dan reda dengan takdir yang ditentukan Allah demi meneruskan kehidupan.
Begitu juga yang dilalui oleh seorang bapa Palestin ini, menerusi hantaran yang tular di laman sosial, dia sedang memeluk erat dan ‘bersembang’ dengan jasad anaknya yang meninggal dunia akibat serangan Israel, pagi semalam telah mengundang sebak ramai.
Dalam hantaran tersebut, dia mendukung anak perempuannya sekitar usia dua tahun sambil bergurau senda seolah-olah insan tersayangnya itu masih bernyawa.
Apa yang lebih menyayat hati ramai, bapa tersebut tampak reda dengan kehilangan tersebut sambil mengucup wajah anaknya selain turut cuba membukakan mata ‘si kecil’.
“Pemberi semangat jiwaku, ke mana kamu hendak pergi nak? Alhamdulillah, semoga Allah bersamamu,” katanya.
Meskipun perit dengan kehilangan itu, senyuman di bibirnya tidak pernah lekang sepanjang menunggu giliran untuk anaknya dikafankan.
Sebelum ini, pengantar Qatar memaklumkangenjatan senjata selama empat hari antara Palestin-Israel akan bermula hari ini malah pertukaran tebusan dan tahanan akan menyusul beberapa jam kemudian.
Difahamkan, 13 orang akan dibebaskan yang tergolong dalam kalangan wanita dan kanak-kanak daripada keluarga yang sama sebagai langkah permulaan pertukaran tebusan.
Sehingga kini, media melaporkan lebih 14,000 nyawa terkorban dimana kebanyakannya wanita dan kanak-kanak sejak serangan bertubi-tubi dilakukan oleh zionis sejak 7 Oktober lalu.
Sumber: Instagram @Yosef.Basam