Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

MR DIY Catat Untung Bersih RM123.95 Juta Berbanding Tahun Lalu

MR DIY Group (M) Bhd catat untung bersih lebih tinggi sebanyak RM123.95 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2023 berbanding RM101.18 juta pada tempoh sama tahun lalu .

Menurut laporan Harian Metro, sumbangan positif daripada kedai baharu menjadi pendorong kepada perolehan tersebut meningkat kepada RM1.07 bilion berbanding RM966.17 juta.

Difahamkan, rangkaian kedai kumpulan itu telah menyumbang 16.4 peratus tahun ke tahun bagi tempoh sama iaitu daripada 1,038 kedai kepada 1,208 kedai.

MR DIY untung RM123.95 juta

Artikel lain: Jualan Rendah, Keuntungan Bersih BFood Merosot Kepada RM19.03 Juta

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan itu, jumlah jual beli meningkat sebanyak 16.3 peratus tahun ke tahun daripada 35.8 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2022 kepada 41.6 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2023.

Pun begitu, faktor sentimen lemah dalam kalangan pengguna menyebabkan jumlah produk yang dibeli dalam satu pembelian yang lebih rendah, dengan penurunan 5.1 peratus tahun ke tahun.

Dalam pada itu, keuntungan kasar menokok kepada RM479.5 juta yang membawa peratusan berjumlah 20.9 peratus.

Dalam tempoh sembilan bulan itu, keuntungan bersih naik kepada RM402.04 juta berbanding RM336.87 juta ekoran perolehan tinggi berjumlah RM3.21 bilion daripada RM2.92 bilion.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kumpulan itu telah mengumumkan dividen interim satu peringkat sebanyak 0.8 sen sesaham berjumlah kira-kira RM75.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif Adrian Ong memaklumkan prestasi suku ketiga tahun kewangan 2023 telah mencapai apa yang mereka jangkakan dimana perolehan dan pertumbuhan bersih meningkat dari tahun ke tahun.

Rekod tersebut telah membuktikan kekuatan perniagaan itu meksipun peningkatan inflasi dan kadar faedah berterusan sehingga menjejaskan pendapatan boleh guna isi rumah dan sentimen pengguna.

“Kumpulan juga berkongsi pelan pertumbuhan lima tahun dan sasaran pembukaan kedai sebanyak 2,000 menjelang tahun kewangan 2028 membabitkan jenama utamanya, dengan keutamaan kepada jenama MR DIY,” katanya.

Sumber: Harian Metro 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular video di media sosial memaparkan kali terakhir seorang gadis, Nia Kurnia Sari dilihat warga kampung sebelum dilaporkan hilang dan mayatnya ditemui beberapa hari...

Lokal

Ibu kepada Al Fateh Fikry Amri, Sabrina Hakiem Zaini akan kembali bertugas sebagai guru selepas cuti sekolah pertengahan penggal kedua ini. Foto: Facebook Sinar...

Dunia

Puteri Wales, Kate Middleton berkongsi kelegaan selepas beliau selesai jalani rawatan kemoterapi yang telah berlangsung selama sembilan bulan menersui sebuah video yang sangat peribadi....

Politik

Perikatan Nasional (PN) pertaruh Ahli Jawatankuasa Bersatu Bahagian Kluang, Mohamad Haizan Jaafar atau turut dikenali sebagai Coach Haizan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd