Tentera Houthi Yaman dedah rakaman video yang menunjukkan pasukannya berjaya merampas sebuah kapal kargo di Selatan Laut Merah yang didakwa dimiliki oleh ahli perniagaan Israel.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Buletin TV3 di laman TikToknya, jurucakap Houthi, Yahya Sarea memaklumkan pasukan tentera laut Angkatan Bersenjata Yaman telah berjaya melakukan misi rampasan tersebut dengan pertolongan Allah.
Tentera Yaman dedah rakaman
@buletintv3 DUNIA | Houthi Yaman Dedah Video Rampasan Kapal Israel #buletintv3 #seantero
Artikel lain: Tak Akan Berdiam Diri, Yaman Isytihar Perang Terhadap Israel
“Pasukan tentera laut Angkatan Bersenjata Yaman dengan pertolongan Allah yang Maha Kuasa melakukan operasi ketenteraan di Laut Merah dan berjaya merampas sebuah kapal Israel dan mengiringinya ke pantai Yaman.
“Angkatan Bersenjata Yaman berurusan dengan anak kapal sesuai dengan ajaran dan nilai agama Islam kita,” ujarnya dalam video tersebut.
Difahamkan juga, dua kapal dagang terpaksa menukar haluan di Laut Merah dan Teluk Aden susulan insiden tersebut kerana bimbang alami perkara yang sama.
Terdahulu, Israel mengeluarkan kenyataan bahawa Houthi bertindak merampas sebuah kapal kargo milik British yang dikendalikan oleh Jepun dan menuduh ia sebagai tindakan keganasan oleh Iran.
Bukan itu sahaja, kerajaan Jepun telah mengesahkan penawanan tersebut dan meminta agar Houthi membebaskan tawanan sambil meminta bantuan Arab Saudi, Oman dan Iran.
Kapal dagang itu dirampas kira-kira 50 batu nautika barat Pelabuhan Hudaidah yang dikawal oleh Houthi.
Apa yang lebih menarik, pemimpin Houthi sebelum ini pernah mengeluarkan amaran dimana mereka akan melakukan serangan terhadap Israel dengan menyasarkan kapal-kapal Israel di Laut Merah dan Selat Bab al-Mandeb.
Sumber: Buletin TV3