Jualan nasi bujang atau ‘Khai Jiao’ di Thailand meningkat disebabkan ahli kumpulan BLACKPINK, Lisa berkongsi resepi hidangan Thailand kegemarannya.
Baru-baru ini, Lisa telah muncul dalam satu temu bual bersama Spotify bagi meraikan lagu ‘Money’ yang berjaya meraih penstriman sebanyak satu juta di platform itu.
Dalam temu bual itu, penyanyi berusia 26 tahun itu menyuarakan kegembiraan terhadap pencapaian lagunya sambil menyediakan hidangan Khai Jiao.
Artikel lain: Imej Lisa BLACKPINK Terjejas Gara2 Persembahan Di Crazy Horses?
Selepas temu bual itu dikeluarkan, beberapa saluran media di Thailand melaporkan bahawa hidangan itu menjadi trend di media sosial negara tersebut.
Jualan nasi bujang di Thailand meningkat disebabkan Lisa
Lisa has a big influence in Thailand, like woah pic.twitter.com/KMO644gsR2
— ra ra girl³²⁷ (@lalisamgger) November 17, 2023
Lapornya, jumlah jualan bagi hidangan itu menunjukkan peningkatan mendadak dalam kalangan peniaga yang menyediakan menu tersebut.
“Hidangan telur goreng bersama nasi itu laris di kedai selepas Lisa berkongsi resepinya. Malah, kedai dan gerai yang menjual hidangan tersebut dipenuhi orang,” lapor media.
Seorang peniaga turut mendedahkan dalam satu temu bual bersama saluran media Thailand bahawa dahulu dia hanya menjual lima atau enam biji telur dadar sahaja sehari.
Namun selepas video temu bual Lisa itu tular, pelanggan yang meminta hidangan itu meningkat sehingga dia terpaksa mengupah pekerja untuk membeli banyak bahan mentah.
Kata peniaga itu juga, dia bersyukur atas peningkatan pelanggan disebabkan oleh Lisa dan berharap penyanyi itu dapat mengunjungi gerainya satu hari nanti.
Tonton video penuh:
Sumber: Koreaboo, Spotify, X @lalisamgger, Instagram Lisa BLACKPINK