Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KUSKOP Jalin Kerjasama Dengan CBP, Anjur Program Memasyarakatkan Koperasi

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) jalin kerjasama dengan Co-opBank Pertama (CBP) bagi menganjurkan Program Memasyarakatkan Koperasi (MASKOP).

Pelancaran program tersebut telah disempurnakan oleh Menteri KUSKOP, Datuk Ewon Benedick di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya hari ini.

KUSKOP jalin kerjasama dengan CBP

Foto: The Sun

“MUSKOP bertujuan untuk memupuk semangat berkoperasi di samping meningkatkan pengetahuan orang ramai termasuk penjawat awam dan sektor swasta berkaitan koperasi.
“Dalam masa yang sama, program ini juga dijadikan sebagai satu platform untuk menghebahkan perkhidmatan dan produk yang ditawarkan gerakan koperasi kepada orang awam,” katanya.

Ewon berkata, KUSKOP berharap agar mesej untuk membudayakan koperasi dalam kalangan setiap lapisan masyarakat dapat diperkukuhkan.

Selain itu, mereka juga berharap ia dapat menjadikan koperasi sebagai gaya hidup dalam menangani masalah kos sara hidup yang semakin tinggi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“KUSKOP berhasrat lebih banyak koperasi ditubuhkan terutama dalam kalangan B40, OKU, miskin bandar, masyarakat luar bandar, pedalaman dan masyarakat orang asli/asal bagi meningkatkan sosioekonomi rakyat,” ujarnya.

Sebelum ini, KUSKOP pernah melaksanakan beberapa Program MASKOP dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

Artikel lain: Kabinet Setuju, Sabah & Sarawak Dibenarkan Guna Bahasa Inggeris Dalam Urusan Rasmi

Namun begitu, MASKOP pada kali ini dijalankan bersama CBP bagi mengetengahkan bank itu sebagai salah satu koperasi premier.

Program yang dihadiri seramai 500 orang peserta terdiri daripada penjawat awam, anggota koperasi dan usahawan sekitar Petaling Jaya diisi dengan program bermanfaat.

Antara pengisian menarik ialah forum bertajuk Manfaat Berkoperasi dibarisi panel jemputan daripada IKMa dan ANGKASA.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, satu sesi taklimat daripada CBP juga disediakan bagi menerangkan kepada peserta berkenaan kebaikan dan manfaat berkoperasi dengan menjadi ahli koperasi CBP.

Dalam majlis yang sama, Ewon juga merasmikan Skim Pembiayaan COSTART yang menyediakan dana sebanyak RM10 juta kepada koperasi-kperasi kredit yang ditubuhkan kurang dari tiga tahun.

Pakej ini bertujuan untuk memastikan CBP memainkan peranan untuk golongan “unserved dan underserved” yang merupakan sebahagian dari inisiatif rangkuman kewangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd