Baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Danielle memaklumkan kereta miliknya telah terbakar dalam satu kejadian namun, ada sesuatu yang telah menarik perhatian ramai.
Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Danielle di laman TikToknya, dia melawat keadaan keretanya itu selepas rosak akibat kebakaran tetapi, hanya sebuah ‘tumbler’ jenama Stanley terselamat telah menjadi bualan ramai.
Stanley hadiahkan kereta baru
@danimarielettering Thirsty after you catch on fire? @Stanley 1913 is like no problem i gotchu #fyp #carfire #accident #stanleycup
Artikel lain: Wanita Masak ‘Tahi Lembu’ Buat Netizen Loya -“Kembang Tekak Aku”
Mana tidaknya, kejadian tersebut telah membuktikan kualiti bekas air tersebut yang masih dalam keadaan bagus tanpa mempunyai sebarang kesan kebakaran yang teruk.
“Kereta terbakar semalam tapi ais masih ada lagi dalam bekas air,” ujar wanita tersebut.
Apa yang menarik perhatian ramai, pihak Stanley akan berikan kereta percuma kepada Danielle susulan ‘free marketing’ yang diraih mereka selepas hantaran tersebut menerima lebih 17 juta tontonan di TikTok.
@stanleybrand #stitch with @Danielle Stanley has your back ❤️
Marketing yang baik untuk Stanley
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan kualiti Stanley malah sudah mula tertarik dengan produk syarikat tersebut.
Stanley sepatutnya cipta kereta!
Bukan itu sahaja, ada juga segelintir individu berseloroh dengan memberi cadangan supaya Stanley mencipta kereta keluaran sendiri selepas terbuktinya kualiti produk mereka.
Sumber: TikTok @Danielle