Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Akaun Gmail Tak Aktif 2 Tahun Akan Dipadam Google

Google telah membuat keputusan dimana akaun Gmail tak aktif sekurang-kurangnya dua tahun akan dipadam pada Disember ini.

Menurut laporan Harian Metro, pembersihan akaun akan dilaksanakan termasuklah perpustakaan Foto Google, janji temu Kalendar Google dan arkib Google Docs.

Gmail tak aktif dipadam

Artikel lain: Kilang Mancis Mungkin Gulung Tikar Selepas Lebih 87 Tahun Beroperasi

Naib Presiden Pengurusan Produk Google, Ruth Kricheli memaklumkan keputusan itu dilakukan bagi mengurangkan sebarang kelemahan dan dasar ini hanya terpakai pada akaun peribadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahnya lagi, kebiasaannya akaun yang terlupa atau tidak dijaga selalunya menggunakan kata laluan lama atau digunakan semula yang mungkin telah terjejas, belum menyediakan pengesahan dua faktor dan menerima semakan keselamatan yang sedikit oleh pengguna.

Pengguna sepatutnya log masuk ke akaun Gmail sekurang-kurang sekali setiap dua tahun untuk aktif dan tidak akan dipadamkan oleh Google kelak.

“Cara paling mudah untuk memastikan Akaun Google aktif ialah log masuk sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun. Jika anda telah melog masuk ke Akaun Google anda atau mana-mana perkhidmatan kami baru-baru ini, akaun anda dianggap aktif dan tidak akan dipadamkan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

99 Speed Mart Retail Holdings Bhd yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia baru-baru ini pertahan struktur imbuhan syarikat dengan menjelaskan bahawa jumlah gaji yang...

Lokal

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang sedang disiasat polis susulan kenyataannya berkenaan pensijilan halal telah mengadakan jumpa dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd