Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Acha Septriasa Hidup Dengan 1 Buah Pinggang, Usia 18 Tahun Baru Sedar

Penyanyi dan pelakon Indonesia, Acha Septriasa telah membuat pendedahan berkenaan kondisi dirinya apabila memaklumkan hanya mempunyai satu buah pinggang sahaja sejak lahir.

Pengakuan tersebut nyata mengejutkan para host dan peminat sewaktu di sebuah program televisyen di Indoensia iaitu For You Pagi (FYP).

Kerap pengsan dan mengadu sakit di perut sebelah kiri

Menurut pelakon My Heart itu, dia menyedari perkara itu ketika berusia 18 tahun apabila mudah letih dan pengsan ketika di lokasi pengambaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, tabiat kurang minum air putih dan jarang membuang air kecil membuatkannya sering pengsan dan mengadu sakit di bahagian perut sebelah kiri.

“Ketika menjalani penggambaran filem saya sering pengsan kerana tidak kuat disebabkan perlu berada di lokasi sehingga 20 jam lamanya.
“Saya juga jarang minum air putih dan suka menahan kencing apatah lagi kalau terpaksa menempuh perjalanan jauh,” katanya.

Disebabkan itu, dia telah mendapatkan rawatan di hospital dan mendapati tiada buah pinggangnya hanya satu setelah melakukan CT scan.

“Hasil pemeriksaan dan CT scan mendapati saya tidak mempunyai buah pinggang di bahagian kanan. Sepanjang hidup saya rupa-rupanya hanya bergantung pada satu ginjal sahaja,” ujarnya.

Tak ada masalah, cuma kena jaga kesihatan dengan teliti

Jelas Acha lagi, disebabkan ibu bapanya kurang pengetahuan tentang hal itu dan dia sendiri dilahirkan tanpa alatan yang canggih seperti sekarang, jadi perkara tersebut lewat diketahui.

Namun, menurut selebriti berusia 33 tahun itu, mempunyai satu buah pinggang bukanlah masalah buatnya tetapi perlu lebih menjaga kesihatan dengan lebih teliti.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Apa menjadi kesalahan kalau kita bekerja terlalu kuat dan tidak menjaga pemakanan sehingga buah pinggang terpaksa menampung beban.
“Akhirnya boleh menyebabkan buah pinggang rosak dan perlu menjalani rawatan dialisis,” katanya.

Acha Septriasa merupakan antara pelakon dari Indonesia yang cukup terkenal di Malaysia selepas filem bersama Irwansyah bertajuk My Heart telah mencuri perhatian ramai.

Gandingan mantap mereka juga mencetuskan cinta lokasi namun perhubungan tersebut berakhir. Mereka juga kini sudah bahagia bersama keluarga masing-masing namun tetap baik sebagai kawan.

Sumber: YouTube Trans7

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd