Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Seorang Lagi Atlet Muda Muaythai Negara Peroleh Kontrak One Championship

Selepas Johan Ghazali, seorang lagi atlet muda Muaythai negara iaitu Aliff Rakib terpilih untuk menandatangani kontrak bersama ONE Championship yang bernilai USD 100,000.

Tewaskan atlet Iran

Kejayaan tersebut dikongsikan Aliff menerusi posting di Instagramnya apabila menewaskan atlet daripada Iran secara KO atau ‘knock-out’.

View this post on Instagram

A post shared by Fight Record (@fight_record)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Atlet muda Muaythai dapat kontrak bernilai USD100,000

Ujarnya menerusi muat naik di salah satu perkongsian, jurulatih telah berjanji kepadanya untuk mendapatkan kontrak bersama ONE Championship.

“Tahun ini, jurulatih JP berjanji kepada saya bahawa kami akan mendapatkan kontrak bersama ONE Championship. Malam ini satu lagi kejayaan KO dan kami mendapatkannya.
“Malam ini saya memenangi pertarungan dengan KO dan menerima kontrak bernilai USD 100,000 untuk ONE. Malam ini adalah saat paling bahagia dalam hidup saya,” tulisnya.
View this post on Instagram

A post shared by Iman aliffđź•Š (@aliff_rakib)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Atlet muda Muaythai ucap terima kasih kepada jurulatih

Atlet berusia 19 tahun itu turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada jurulatih kerana percaya dan tidak henti memberikan semangat kepadanya untuk bertarung dengan saingannya.

“Terima kasih kepada jurulatih saya yang selalu memberi semangat dan buatkan saya percaya kepada diri sendiri. Terima kasih kepada bos Pachet dan semua rakan-rakan saya di kem, saya sayang anda semua. Alhamdulillah untuk semuanya,” ujarnya.

Susulan daripada kemenangan yang diperoleh, Aliff Rakib telah ditawarkan kontrak bersama ONE Championship bernilai USD 100,000 serta bonus sebanyak USD 10,000.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by ONE Championship (@onechampionship)

Artikel lain: “Saya Dapat Kontrak ONE Championship Sebelum Memiliki Lesen Memandu”- Johan Ghazali

Terdahulu, atlet berusia 16 tahun, Johan Ghazali telah berjaya melakar sejarah dengan mengikat kontrak ONE Championship bernilai USD 100,000.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ujarnya, dia mendapat Kontrak ONE Championship sebelum memperoleh lesen memandu memandangkan masih lagi belum berusia 17 tahun.

Sumber: Instagram Aliff Rakib

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular video di media sosial memaparkan kali terakhir seorang gadis, Nia Kurnia Sari dilihat warga kampung sebelum dilaporkan hilang dan mayatnya ditemui beberapa hari...

Lokal

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan sebanyak RM1 juta kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi membantu golongan yang terbeban dengan hutang....

Lokal

Ibu kepada Al Fateh Fikry Amri, Sabrina Hakiem Zaini akan kembali bertugas sebagai guru selepas cuti sekolah pertengahan penggal kedua ini. Foto: Facebook Sinar...

Dunia

Puteri Wales, Kate Middleton berkongsi kelegaan selepas beliau selesai jalani rawatan kemoterapi yang telah berlangsung selama sembilan bulan menersui sebuah video yang sangat peribadi....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd