Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Mak Jalin Hubungan Cinta Dengan Pemuda 37 Tahun Buat Virgoun Bengang!

Mak Virgoun iaitu Eva Manurung dikatakan sedang jalin hubungan cinta bersama pemuda berusia 37 tahun sehingga mengundang rasa tidak puas hati penyanyi itu.

Menurut laporan mStar, Virgoun telah henti memberikan wang perbelanjaan kepada Eva sebagai tanda tidak bersetuju ibunya mempunyai hubungan istimewa bersama lelaki yang dikenali sebagai Jordan Ali.

Mak Virgoun jalin hubungan cinta

Artikel lain: Virgoun Ada Awek Baru, Inara Rusli Tak Cemburu Langsung!

Difahamkan, hubungan mereka terbongkar selepas didedahkan sendiri oleh kakak Virgoun iaitu Febby Carol.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Virgoun telah berhenti memberikan wang bulanan kepada ibu. Ia semua disebabkan kamu (Jordan). Adakah awak sanggup memberikan wang sebanyak 5 juta rupiah kepada ibu setiap bulan?” soalnya kepada Virgoun.

Jelas Febby lagi, hubungan antara mereka telah menimbulkan banyak tanggapan negatif terhadap keluarganya dan meminta  Jordan membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Jangan hanya diam sahaja, boleh minta maaf. Keluarga saya dari Sabang sampai ke Merauke sudah berbincang mengenai perkara ini dalam WhatsApp,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Febby turut mendakwa Jordan sengaja mencari publisiti murahan serta mengambil kesempatan memandangkan Eva sentiasa bualan dalam kalangan netizen.

Sumber: mStar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh selar kenyataan Ahli Parlimen (MP) Seputeh, Teresa Kok yang mempersoalkan cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang...

Sosial

Tular video di media sosial memaparkan kali terakhir seorang gadis, Nia Kurnia Sari dilihat warga kampung sebelum dilaporkan hilang dan mayatnya ditemui beberapa hari...

Sosial

YouTuber mukbang, Nikocado Avocado beri kejutan kepada para penontonnya selepas memuat naik video terbaharu menerusi saluran miliknya yang memaparkan dia kini yang sudah kurus....

Lokal

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan sebanyak RM1 juta kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi membantu golongan yang terbeban dengan hutang....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd