Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Skim Gaji Baharu Penjawat Awam Diumum Sebelum Akhir Tahun Depan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata skim gaji baharu penjawat awam akan diumum sebelum akhir tahun hadapan.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata  beberapa garis panduan akan disediakan sebelum akhir tahun ini atau suku pertama 2024 agar skim gaji baharu itu dapat diumumkan sebelum akhir tahun hadapan.

Beliau berkata sebelum ini tiada kajian menyeluruh mengenai skim gaji penjawat awam dilakukan namun kerajaan ketika ini sedang melaksanakannya melalui Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Skim gaji baharu penjawat awam

Artikel lain: PM Arah Jabatan Kerajaan Jangan Layan Surat Tidak Guna Bahasa Kebangsaan

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dasar kita selama ini ada kajian penyelarasan gaji setiap 10 tahun, ini nak mencecah masuk ke tahun ke-12. Sebelum ini tidak ada satu kajian menyeluruh tetapi sekarang saya dah umumkan (Kajian SSPA), kita akan lakukan,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada majlis Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA) 2023 anjuran Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) di sini malam ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Dr Zulkapli Mohamed dan Ketua Pengarah Mampu Datuk Rodzi Md Saad.

Perdana Menteri berkata kerajaan mengumumkan pemberian Bayaran Insentif Awal SSPA sebanyak RM2,000 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta bayaran insentif RM1,000 kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen memandangkan kajian itu mengambil masa kerana melibatkan semua jabatan.

Beliau mengumumkan perkara itu semasa pembentangan Belanjawan 2024 pada  13 Okt lepas dan bayaran insentif terbabit akan dibuat secara sekali gus pada akhir Februari tahun hadapan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata Kerajaan Perpaduan merencanakan dasar yang jelas tertumpu ke arah mengangkat martabat ekonomi serta kesejahteraan rakyat dan negara dalam usaha mengubah keadaan ekonomi Malaysia supaya ada anjakan.

Sumber: BERNAMA

Nur Ain
Written By Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd