Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Pan Gon Dijangka Kekal Sebagai Pengendali Harimau Malaya

Ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Kim Pan Gon diramal terus kekal sebagai pengendali Harimau Malaya walaupun tiada keputusan rasmi mengenai status kontraknya.

Menurut laporan Berita Harian, kontrak pengendali dari Korea Selatan itu dikatakan akan berakhir Januari 2024 namun, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih belum membuat apa-apa pengumuman.

Pun begitu, FAM seakan beri bayangan bahawa kontrak bekas pengendali Hong Kong itu akan disambung ekoran prestasi yang cemerlang ditunjukkan oleh Harimau Malaya setakat ini.

Pan Gon pengendali Harimau Malaya

Artikel lain: Tahniah! Harimau Malaya Gagal Dikejutkan, Baham Blue Tigers 4-2

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman memaklumkan Pan Gon akan membimbing skuad Harimau Malaya bagi mengharungi aksi pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 dan pusingan akhir Piala Asia tahun depan.

Keputusan mengenai penyambungan kontrak untuk pengendali berusia 54 tahun itu akan diketahui selepas mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan akan datang yang bakal dipengerusikan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

“Sudah ada perbincangan (isu lanjutan kontrak) tetapi biarlah kita selesaikan kempen kelayakan Piala Dunia/ Piala Asia dahulu… memang betul beliau (Pan Gon) akan terus dapat peluang bawa pasukan kebangsaan kerana beliau sudah merangka segala program sehingga tahun depan,” katanya.

Sekadar info, pada Januari tahun lalu, Pan Gon yang dilantik menggantikan Tan Cheng Hoe dimana telah berjaya meningkatkan prestasi pasukan Harimau Malaya dan membawa skuad itu layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023 secara merit.

Pada 16 November ini pula, Harimau Malaya akan memulakan kempen kelayakan berdepan Kyrgyzstan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Zulfaizan Mansoor)

Nur Ain
Written By Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd