Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Warga Israel Terperangkap Di ‘Airport’ Selepas Diserang Penunjuk Perasaan

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan warga Israel terperangkap di lapangan terbang Antarabangsa Mackachkala, Dagestan, Rusia selepas diserbu oleh sekumpulan besar perusuh.

Menurut laporan Daily Mail, beratus-ratus penunjuk perasaan menyerbu lapangan terbang Makhachkala di republik Rusia itu untuk membantah pendaratan sebuah pesawat Red Wings yang datang dari Tel Aviv, lapor agensi berita dan media sosial Rusia.

Apa yang lebih mengejutkan, menerusi beberapa video yang mula tular di laman sosial, kelihatan penunjuk perasaan membawa bendera Palestin, memecah pintu di terminal untuk memasuki ke landasan.

Warga Israel terperangkap

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Premis Di Terengganu Kibar Bendera Israel Cetus Kemarahan Ramai

Disebabkan insiden tersebut, penerbangan Red Wings dilaporkan terpaksa bergerak ke lapangan terbang berikutan mendarat di destinasi berbeza, menurut rangkaian televisyen Israel Channel 12.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, semua penumpang diberitahu untuk tinggal di tempat duduk mereka sementara polis rusuhan dipanggil untuk melindungi mereka.

Malah, beberapa orang ramai mengibarkan bendera Palestin, sambil melaungkan ‘Allahuakbar’ dan memegang papan tanda bertulis ‘Pembunuh kanak-kanak tiada tempat di Dagestan’.

Difahamkan juga, pihak berkuasa telah menutup kawasan lapangan terbang tersebut buat sementara waktu dan tiada laporan mengenai kematian dilaporkan susulan kejadian rusuhan tersebut.

Kementerian Kesihatan Dagestan berkata lebih 20 orang cedera, dengan dua dalam keadaan kritikal. Ia berkata yang cedera termasuk pegawai polis dan orang awam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, majoriti penduduk Dagestan beragama Islam dan wilayah itu dilaporkan dianggap sebagai pusat penting Islam di Caucasus dan bekas Kesatuan Soviet.

Sumber: Daily Mail (Dan Woodland)

Nur Ain
Written By Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular video di media sosial memaparkan kali terakhir seorang gadis, Nia Kurnia Sari dilihat warga kampung sebelum dilaporkan hilang dan mayatnya ditemui beberapa hari...

Lokal

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan sebanyak RM1 juta kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi membantu golongan yang terbeban dengan hutang....

Lokal

Ibu kepada Al Fateh Fikry Amri, Sabrina Hakiem Zaini akan kembali bertugas sebagai guru selepas cuti sekolah pertengahan penggal kedua ini. Foto: Facebook Sinar...

Bisnes

99 Speed Mart Retail Holdings Bhd tidak menolak kemungkinan kembang perniagaannya ke pasaran Asia Tenggara jika terdaapt peluang berbuat demikian. Memetik laporan Berita Harian,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd