Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

TEKUN Nasional Perkasa Usahawan Informal & Mikro Sempena 25 Tahun Penubuhan

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperuntukkan RM330 juta kepada TEKUN Nasional bagi membantu lebih ramai usahawan informal dan mirko.

Hal tersebut diumumkan sendiri beliau menerusi pembentangan Belanjawan 2024 tempoh hari dengan sebanyak RM30 juta diperuntukkan untuk perniagaan yang diusahakan oleh masyarakat India.

Bantu usahawan informal & mikro

Pengumuman ini sekali gus membuktikan bahawa peranan TEKUN Nasional yang merupakan agensi dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sangat penting dalam membantu usahawan informal dan mikro sepanjang 25 tahun penubuhannya.

Kredit foto: FMT

Advertisement. Scroll to continue reading.

Salah satu usaha Kerajaan MADANI

Dalam pada itu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick menyatakan yang adalah salah satu usaha Kerajaan MADANI untuk merangsang lebih banyak penyertaan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam sektor keusahawanan.

Tindakan tersebut bagi memastikan mereka lebih berdaya maju dan mapan menerusi pelbagai ikhtiar seperti dana pembiayaan dan pembangunan kapasiti.

Kredit foto: The Star

Semoga TEKUN Nasional terut komited

Ia sekaligus memastikan sumbangan PMKS kepada KDNK dapat dicapai sepertimana yang digariskan di dalam Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030) iaitu peningkatan sebanyak 50% pada tahun 2030.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau juga turut menzahirkan harapan agar TEKUN Nasional terus komited dalam memainkan peranan bagi merealisasikan Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, sebagai wadah mengangkat semula darjat dan martabat negara.

Suslan daripada itu, sempena majlis Sambutan 25 tahun Tekun Nasional, Datuk Ewon telah menyampaikan sijil, trofi dan wang tunai kepada seramai 21 orang usahawan Tekun Nasional yang diberi pengiktirafan Anugerah Usahawan Berjaya.

Tak hanya itu, TEKUN Nasional turut memberi pengiktirafan kepada warga kerja melalui penyampaian Anugerah TEKUN Cawangan Terbaik yang dimenangi oleh TEKUN Cawangan Raub dan Anugerah TEKUN Negeri Terbaik yang disandang oleh TEKUN Negeri Pahang.

Hadir sama di majlis ini ialah YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri KUSKOP, YBhg. Dato’ Seri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KUSKOP dan YBhg. Dato’ Hj Abdul Sani bin Abdul Hamid, Pengerusi TEKUN Nasional serta pegawai-pegawai kanan Kementerian dan agensi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular video di media sosial memaparkan kali terakhir seorang gadis, Nia Kurnia Sari dilihat warga kampung sebelum dilaporkan hilang dan mayatnya ditemui beberapa hari...

Lokal

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan sebanyak RM1 juta kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi membantu golongan yang terbeban dengan hutang....

Lokal

Ibu kepada Al Fateh Fikry Amri, Sabrina Hakiem Zaini akan kembali bertugas sebagai guru selepas cuti sekolah pertengahan penggal kedua ini. Foto: Facebook Sinar...

Dunia

Puteri Wales, Kate Middleton berkongsi kelegaan selepas beliau selesai jalani rawatan kemoterapi yang telah berlangsung selama sembilan bulan menersui sebuah video yang sangat peribadi....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd