Pelakon Indonesia yang dikenali sebagai Sunandar meluahkan kisah kehidupannya yang penuh dengan duka dimana terpaksa tinggal di hutan ekoran jatuh miskin.
Menurut laporan mStar, Sunandar yang mengalami masalah kewangan memilih tinggalkan bandar dan membina rumah sendiri di kawasan terpencil terletak di Lembang, Bandung Barat, Indonesia.
Terpaksa tinggal di hutan
Artikel lain: Lelaki Menyamar Jadi Patung Sebelum Rompak Barang Kemas
Bukan itu sahaja, pelakon filem Petualangan Sherina ini turut menceritakan pengalaman mistik yang dialaminya sepanjang tiga tahun tinggal di kawasan hutan.
Ujarnya, dia dapat merasa tidak tinggal bersendirian kerana ada seorang wanita menemaninya.
Apa yang lebih menyeramkan, wanita terbabit pernah mengajak Sunandar untuk tinggal di kampungnya yang terletak tidak jauh dari situ.
“Saya sering berjaga malam dan pada suatu hari saya bertemu di hujung hutan ketika sedang menikmati udara segar.
“Dia pegang tangan saya dan saya betul-betul merasainya. Dia juga pernah mengajak saya untuk tinggal di kampungnya yang terletak tidak jauh dari situ.
“Namun sehingga kini saya tidak pernah tahu nama wanita itu,” katanya.
Bagaimanapun, ramai yang menganggap wanita yang dimaksudkan oleh Sunandar merupakan seorang puntianak yang sudah biasa tinggal di hutan terbabit.
Sumber: mStar