Platform X yang dulu dikenali sebagai Twitter telah melancarkan versi awal panggilan suara dan panggilan video untuk sebahagian pengguna.
Memetik laporan dari Reuters, Ketua Pegawai Teknologi dan pemiliknya, Elon Musk seakan memberi bayangan akan menukar platform tersebut menjadi aplikasi super selaras dengan penjenamaan semula Twitter kepada X.
Perkara tersebut sekali gus menjelaskan bahawa X menawarkan pelbagai perkhidmatan dan rangkaian sosial kepada pembayaran rakan ke rakan.
Sekitar Ogos lalu, Musk memberitahu yang pengguna tidak lagi memerlukan nombor telefon untuk ciri baru itu kerana ia akan tersedia menerusi peranti iOS Apple, Android Google dan komputer peribadi.
Artikel lain: Pengguna Baru X Akan Dikenakan Caj Untuk Ciri Asas
Sebelum ini, pemilik X itu juga menyatakan yang sudah mula mengenakan bayaran kepada pengguna baharu di New Zealand dan Filipina untuk menggunakan ciri asas seperti menghantar mesej.
Tindakan tersebut dikatakan salah satu usaha sedia ada untuk mengurangkan spam dan ‘manipulasi platform dan aktiviti bot kami’.
Sumber: Reuters