Pengacara dan juga pelawak terkenal Indonesia, Rina Nose yang baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinannya yang keempat bersama Josscy Vallazza Aartsen akui bangga kerana rumah tangga yang dibina masih bertahan.
Usia perkahwinan lebih 4 tahun
Menerusi ulasannya di Detik.com, Rina atau nama sebenarnya, Rina Permata Puteri, 39, perkahwinan ketiganya ini telah memecahkan rekod kerana sudah bertahan lebih daripada perkahwinan-perkahwinannya yang terdahulu dimana telah mencecah usia 4 tahun.
“22 Oktober 2019-22 Oktober 2023, cieee udah 4 tahoon,” tulisnya ringkas.
Rina Nose jelaskan hubungan seperti biasa
Ujarnya, dia hanya menjalani kehidupan sebagai suami isteri seperti biasa dan seadanya sahaja sama seperti orang lain walaupun perlu menjalani perkahwinan jarak jauh (LDR).
Ya pecah rekod ni (tempoh perkahwinan). Sekarang ini kami menjalani hubungan suami isteri seperti biasa… kami hanya jalani hubungan ini seadanya,” menurutnya.
Suami Rina Nose tinggal di Belanda
Walaupun suaminya bekerja di Belanda dan dia di Indonesia, mereka sentiasa berkomunikasi dan merasakan hal tersebut membuatkan mereka terus akrab.
“Ya walaupun suami saya menetap di Belanda, tetapi hubungan kami tetap rapat.
“Kami banyak berkomunikasi dan saya rasa ia juga kunci kebahagiaan kami… dari sebelum bernikah memang kami banyak berkomunikasi,” ujarnya.
Untuk rekod, Rina Nose telah mendirikan rumah tangga dengan Josscy pada 22 Oktober 2019 namun belum lagi dikurniakan cahaya mata.
Dia sebelum ini pernah berkahwin sebanyak dua kali, namun perkahwinan pertama tidak didedahkan.
Pengacara program Big Stage ini juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Ridwan F Anwar tetapi tidak juga mempunyai anak.
Sumber: Detik.com, Instagram Rina Nose