Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Terlupa Hantar ke Pusat Asuhan, Bayi 16 Bulan ‘Pergi’ Selepas Tertinggal Dalam Kereta

Seorang bayi perempuan berusia 16 bulan dilaporkan meninggal dunia selepas ditinggalkan secara tidak sengaja di dalam kereta bapanya, semalam.

Memetik laporan Kosmo! Online, bayi terbabit ditemui tidak sedarkan diri oleh bapanya yang juga kakitangan sebuah kakitangan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Kuala Nerus pada jam 4.30 petang.

Bapa mangsa yang cemas, kemudiannya terus bergegas membawa anaknya ke pusat kesihatan IPTA berkenaan, namun tidak dapat diselamatkan.

bayi meninggal dunia

Artikel lain: Disangka Sudah Hantar Ke Taska, Anak Doktor Meninggal Dunia Tertinggal 10 Jam Dalam Kereta

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, pegawai perubatan bertugas mengesahkan bayi tersebut telah pun meninggal dunia.

Hasil siasatan awal mendapati, bapa bayi tersebut terlupa untuk menghantar anaknya ke pusat asuhan kanak-kanak yang terletak di IPTA berkenaan pada sebelah pagi.

“Sepasukan anggota polis bergegas ke pusat kesihatan IPTA tersebut sebaik dimaklumkan kejadian itu.
“Mayat bayi tersebut ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk dibedah siasat,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Beliau turut menasihati orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan.

Sumber: Kosmo! Online ( Tengku Danish Bahri Tengku Yusoff)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kerabat diraja Pahang Tengku Eddie Akasya Tengku Abd Rahman,20, diheret ke Mahkamah Majistret Kuantan atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki menggunakan pisau pada Jun lalu,...

Lokal

Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berkenaan kebakaran yang berpunca daripada percikan mercun dan bunga api di Dewan Arena Square, Jalan Raja, Teluk Intan,...

Lokal

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mengumumkan pelantikan Datuk Dr. Suzana Idayu Wati Osman sebagai Pengarah Besar yang baharu. Menerusi satu kenyataan, FELDA menyatakan pelantikan...

Lokal

Ahli Parlimen Dun Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin membidas kenyataan berhubung kerugian yang ditanggung Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasioanal Berhad (PNB)...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd