Selebriti kontroversi Indonesia, Nikita Mirzani memaklumkan yang dia ingin pergi ke bumi Palestin dan sempat bertanyakan perkara tersebut di Insta Story miliknya.
Kongsi pertanyaan di Insta Story
Dalam laporan yang dikongsikan Tribun Jambi, selebriti berkenaan bertanya kepada pengikutnya tentang penerbangan ke Palestin masih ada ataupun tidak.
“Penerbangan ke Palestin tutup ke tidak? Atau ada cara lain untuk pergi ke sana. Please info guys,” tulisnya.
Nikita Mirzani tunjuk prihatin kepada penduduk Gaza
Perkongsian yang dibuat oleh selebriti sensasi negara seberang merupakan salah satu cara dia menunjukkan rasa kepedulikan kepada masyarkat di Gaza yang sedang berhadapan dengan peperangan dari pihak perampas.
Netizen suruh Nikita Mirzani pergi London tengok anak
Walau bagaimanapun, menerusi laporan dari sumber, niat ‘murni’ Nikita telah dihentam teruk oleh netizen selepas posting Insta Story dimuat naik ke akaun gosip negara berkenaan.
Kebanyakan mereka menyuruh selebriti seksi itu memikirkan anak sulungnya, Lolly di London berbanding mencari jalan untuk ke Palestin.
Artikel lain: Pernah Mengaku Solat Lepas Berzina, Nikita Mirzani Dedah Pasangan Dah Lari Rumah
Difahamkan, anak perempuannya kini sedang belajar di London dan hidup ‘terbuang’ selepas Nikita tidak lagi mahu mengambil tahu tentang gadis tersebut kerana tidak berpihak kepadanya sewaktu ditinggalkan suami baru.
Lolly memilih membela bapa tirinya dan mendedahkan perilaku buruk ibunya di media sosial sehingga hubungan mereka menjadi buruk serta saling menyindir di media sosial.
Sumber: Tribun Jambi